Nuffnang

Saturday, September 4, 2010

Sembuhkan Virus-Virus Bisnes



Ada pelbagai jenis masalah yang hadir sepanjang kita melakukan bisnes. Namun, ada satu jenis masalah yang dilihat biasa-biasa, tetapi berbahaya. Ia digelar Virus Bisnes, boleh merebak dengan perlahan dan dalam diam mengangkut masalah-masalah lain. Akibatnya, bisnes semakin tenat. H hingga ke satu peringkat, seluruh empayar menjadi lumpuh. Mujur kami ada penawarnya. Sembuhkan Virus-virus Bisnes, sebuah koleksi 13 teknik terbaik yang WAJIB dicuba oleh usahawan, tidak kira untuk bisnes yang besar, mahupun Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Terperinci, bermula dari mengenal pasti, menganalisis hingga menyelesaikan satu-persatu masalah sepanjang berbisnes. Md. Ali Berahim, namanya tidak perlu diperkenalkan lagi dalam kalangan usahawan MARA. Sudah ramai usahawan yang berpotensi besar lahir hasil didikan beliau ketika bertugas sebagai pakar runding MARA berkaitan teknik penyelesaian masalah bisnes. Pengalaman beliau yang lalu sebagai Pegawai Pelaburan di Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), dan sebagai Pengurus Cawangan salah satu bank terbesar di Malaysia selama 28 tahun, memantapkan buku ini. Kenali beliau, dengan mengenali pemikirannya.

Daripada Pengarang Bahagian 1 : Serba Ringkas Mengenai Perniagaan Bab 1 Jenis-jenis Perniagaan Bab 2 Pertumbuhan Perniagaan Bab 3 Siapakah PKS? Bahagian 2 : Masalah-masalah Perniagaan PKS Bab 4 Masalah-masalah Umum Bab 5 Masalah-masalah Khas Bab 6 Cara-cara Mendapatkan Idea-idea danMaklumat-maklumat mengenai Masalah-masalah Khas;- 6.1 Pemerahan Otak 6.2 Pertanyaan “Lepas itu?” 6.3 Pertanyaan “Kenapa?” Bahagian 3 : Menganalisis Masalah-masalah Khas Bab 7 Analisis Rajah Tulang Ikan Bab 8 Analisis Risiko-risiko Perniagaan dan Pengurusan Bab 9 Analisis Kekuatan, Kelemahan, Peluang dan Ancaman Bab 10 Analisis Politik, Ekonomi, Sosial dan Teknologi Bab 11 Analisis Campuran Pemasaran Bab 12 Analisis Teras Kecekapan Bab 13 Analisis Anjuran Jualan Unik Bab 14 Analisis 5 Kuasa Pasaran Bab 15 Analisis Faktor-faktor Kejayaan Kritikal Bab 16 Analisis 7 Faktor Dalaman Bab 17 Analisis Hubugan PeganganPasaran Dengan Pertumbuhan Pasaran. Bab 18 Analisis Hubungan Barangan Dengan Pasaran Bab 19 Analisis Apa Yang Dulunya Baik Bab 20 Kesimpulan

No comments:

Post a Comment