Nuffnang

Monday, November 2, 2009

BUKU PERNIAGAAN-Mengurus Perniagaan



Buku ini menerangkan beberapa perkara penting berkaitan perniagaan termasuk bentuk-bentuk entiti perniagaan, pelbagai jenis kemahiran mengurus perniagaan termasuk cara mengurus sumber manusia, memotivasikan pekerja dan bagaimana memasarkan produk dan perkhidmatan.

Isi kandungan:
Daripada Pengarang

Apa Itu Pengurusan Perniagaan
a. Perniagaan dan Keuntungan
b. Sistem Ekonomi yang Diamalkan Di Seluruh Dunia
c. Jenis-jenis Sistem Ekonomi
d. Perjalanan Sistem Ekonomi Pasaran
e. Sejarah Pendekatan Perniagaan Moden
f. Bentuk-bentuk Entiti Perniagaan
g. Pengurusan Syarikat Korporat
h. Isu-isu Syarikat Korporat
i. Perniagaan Antarabangsa
j. Kaedah Kemasukan dalam Perniagaan Antarabangsa
k. Halangan-halangan Perniagaan Antarabangsa
l. Kesimpulan

Persekitaran Perniagaan
a. Persekitaran Ekonomi
b. Faktor-faktor yang Mempengaruhi Harga Pasaran
c. Pengaruh Kerajaan ke Atas Keadaan Ekonomi
d. Persekitaran Industri
e. Pendedahan kepada Keadaan Industri
f. Persaingan dalam Industri
g. Persekitaran Global
h. Sebab-sebab Syarikat Terlibat dengan Perniagaan Antarabangsa
i. Cara-cara Firma Terlibat dengan Perniagaan Antarabangsa
j. Faktor-faktor yang Mempengaruhi Perniagaan Antarabangsa
k. Kesimpulan

Pengurusan
a. Proses Pengurusan
b. Jenis-jenis Pengurusan
c. Kemahiran Mengurus yang Asas
d. Budaya Korporat dan pengurusan
e. Menetapkan Matlamat dan Merangka Strategi
f. Menguruskan Perniagaan Secara Beretika dan Tanggungjawab Sosial
g. Etika di Tempat Kerja
h. Tanggungjawab Sosial
i. Kesimpulan

Motivasi dan Kepimpinan
a. Kepentingan Motivasi
b. Teori Motivasi Klasik
c. Teori Gelagat: Kajian Hawthorne
d. Teori Motivasi Kontemporari
e. Perbandingan Teori-teori Motivasi
f. Strategi Meningkatkan Kepuasan Kerja dan Moral
g. Gaya Pengurusan dan Kepemimpinan
h. Pendekatan Kontingensi pada Kepemimpinan
i. Motivasi dan Kepemimpinan Masa Kini
j. Kesimpulan

Mengurus Sumber manusia
a. Pentingnya Pengurusan Sumber Manusia
b. Perancangan Sumber Manusia
c. Pengambilan Pekerja
d. Pemilihan Pekerja
e. Latihan dan Pembangunan
f. Penilaian Prestasi
g. Pentadbiran Pampasan
h. Perancangan dan Pembangunan Kerjaya
i. Keselamatan dan Kesihatan
j. Perhubungan Perusahaan
k. Sistem Maklumat Sumber Manusia
l. Isu-isu Semasa Pengurusan Sumber Manusia
m. Kesimpulan

Pemasaran
a. Persekitaran Pemasaran
b. Campuran Pemasaran
c. Keluaran
d. Peletakan Harga
e. Promosi
f. Pengagihan
g. Pemasaran Sasaran dan Segmentasi Pasaran
h. Penyelidikan Pemasaran
i. Memahami Gelagat Pengguna
j. Pemasaran Organisasi dan Gelagat Belian
k. Kesimpulan

Mengurus Operasi
a. Sumber-sumber Utama Proses Pengeluaran
b. Mengkoordinasikan Sumber Pengeluaran
c. Kawalan Pengeluaran
d. Kesimpulan
e. Kesimpulan

Mengurus Kewangan
a. Pengurusan Sistem Perakaunan
b. Analisis Penyata Kewangan
c. Pengurusan Pelaburan
d. Pengurusan Pembiayaan
e. Kesimpulan

Perkembangan perniagaan yang memberangsangkan di Malaysia menunjukkan perniagaan adalah aspek penting dalam menjana ekonomi sesebuah negara. Pengurusan perniagaan adalah perkara yang tidak asing bagi setiap individu di negara ini. Ramai individu bercakap berkenaan perniagaan. Ada yang ingin membentuk perniagaan tunggal dan ada juga yang ingin menubuhkan syarikat. Persoalannya, adakah ilmu asas untuk memulakan perniagaan ada pada setiap individu tersebut? Seseorang individu yang ingin menguruskan sebuah perniagaan, mereka memerlukan pengetahuan berkenaan asas pengurusan, pemasaran, kewangan, teknologi maklumat, pengurusan operasi dan sebagainya.

Pemahaman mendalam berkenaan perkara ini membantu individu menjayakan perniagaan yang diceburi, memperoleh bahagian pasaran, seterusnya mengecap keuntungan. Kehadiran buku ini di pasaran dapat membantu individu mencapai matlamat-matlamat yang dinyatakan di atas. Kekuatan dan keistimewaan buku ini melambangkan semangat juang penulisnya bagi menghasilkan karya yang amat bermutu. Dalam pada itu, penulis pastinya tidak dapat lari daripada sebarang kesalahan dan kesilapan yang tidak disengajakan. Kami bersedia menerima sebarang kritikan daripada segi ejaan, istilah dan sebagainya bagi meningkatkan kualiti buku ini untuk edisi yang seterusnya.

BUKU PERNIAGAAN-Memulakan Bisnes Sendiri





Buku ini memberi panduan dan tip kepada sesiapa sahaja yang berminat memulakan perniagaan sendiri. Antara perkara menarik yang disentuh di dalam buku ini seperti bagaimana memilih calon isteri untuk usahawan, bagaimana memilih syarikat dan sektor bisnes, bagaimana memilih rakan kongsi dan bagaimana syarikat dirompak dan perkara baik yang membahayakan.

Daripada Pengarang

Bahagian 1: Sebelum Memulakan Bisnes Sendiri
Kisah Benar Seorang Jutawan
Bakat Bisnes
Calon Isteri untuk Calon Usahawan
Halangan Keluarga
Rekod Sebelum Berniaga
Menyediakan Anak Menjadi Usahawan
Biasiswa dan Bisnes

Bahagian 2: Mitos dalam Dunia Bisnes
Usahawan, Cinta dan Seks
Formula Berjaya dalam Bisnes
Orang Bisnes dan Risiko
Pandai Bersaing
Bisnes Part-Time
Semua Orang Boleh
Imej Penting untuk Bisnes
Pelanggan Kaya
Usahawan Cina Bunuh Melayu
Berniaga dengan Keluarga
Jurujual Hanya bagi Bisnes Besar

Bahagian 3: Memilih Syarikat dan Sektor Bisnes
Memilih Jenis Syarikat
Mencari Nama Syarikat
Memilih Jenis Bisnes
Bisnes Pengeluaran
Bisnes Berdagang
Bisnes Perkhidmatan
Mulakan Secara Kecil-kecilan

Bahagian 4: Perkara Baik yang Membahayakan
Duit Banyak
Bisnes Terlampau Baik
Bisnes Terlalu Laku

Bahagian 5: Motivasi Memulakan Bisnes
Apa Sebab Hendak Berniaga
Pandai Membuat Produk
Menyelesaikan Masalah Kewangan
Hendak Menjadi Jutawan
Peluang Mendapat Bisnes
Mempunyai Modal Berniaga
Berniaga Sebab Diajak Berniaga

Bahagian 6: Latar Belakang Usahawan Baru
�Orang Pandai� Memulakan Bisnes
Pekerja �Cemerlang� Membuat Bisnes
Orang Korporat Membuka Bisnes
Lulusan Luar Negara Membuka Bisnes
Isteri Orang Kaya Mahu Berniaga
Anak Orang Kaya Mahu Berniaga

Bahagian 7: Politik dan Usahawan
Berkawan dengan Orang Politik
Bantuan Orang Politik
Aiskrim Orang Politik

Bahagian 8: Memilih Rakan Kongsi
Mencari Rakan Kongsi
Memilih Rakan Kongsi
Dua Rakan Kongsi
Rakan Kongsi RM1
Rakan Kongsi Tanpa Modal
Rakan Kongsi Tidur
Rakan Kongsi Suami Isteri
Majikan Sebagai Rakan Kongsi
Rakan Kongsi Nasi Padang
Bercerai dengan Rakan Kongsi

Bahagian 9: Bagaimana Syarikat Dirompak
Dirompak oleh Rakan Kongsi Sendiri
Dirompak oleh Pengerusi Sendiri
Dirompak oleh Kakitangan Sendiri
Dirompak oleh Konsultan Sendiri
Merompak Syarikat Sendiri

Bahagian 10: Perniagaan Gerai dan Restoran
Membuka Kedai Makan
Kalah Bersaing
Menjaga Pembekal
Menolong Jiran Niaga
Memilih Kedudukan Gerai
T.V, Radio dan Anak-anak
Meja Restoran Cina
Pinggan Restoran Cina
Pinggan Restoran Nasi Padang

Bahagian 11: Gol Sebagai Senjata Kejayaan
Gol Sebagai Senjata Kejayaan

Kebanyakan buku motivasi keusahawanan yang ada dalam pasaran, sebagaimana halnya dengan buku-buku motivasi lain, memberi gambaran yang tidak sebenar-benarnya mencerminkan realiti. Buku-buku itu mengatakan semua orang boleh berjaya dalam dunia perniagaan, suatu hal yang tidak benar. Realitinya, bukan semua orang mempunyai kebolehan menjadi usahawan, sebagaimana bukan semua orang boleh berjaya dalam bidang sukan, ataupun muzik ataupun politik.

Buku ini ditulis untuk saudara yang baru hendak mencari peluang memulakan bisnes sendiri. Buku-buku panduan memulakan bisnes sendiri yang sudah ada dalam pasaran lazimnya mengandaikan sesiapa sahaja dapat memulakan bisnes sendiri dengan jayanya. Andaian itu amat meleset daripada realiti sebenar.

Tidak semua orang yang dapat memulakan bisnes sendiri dengan jayanya. Majoriti individu yang cuba menceburi bidang bisnes mengalami kegagalan dan kerugian dalam tempoh tiga tahun selepas membuka bisnesnya. Ini adalah realiti. Jadi, buku ini ditulis bagi membantu saudara mengukur diri saudara, apakah saudara mempunyai keupayaan dan kesanggupan memulakan bisnes sendiri.

Buku ini juga ditulis bagi membantu saudara mengenal pasti beberapa jenis kesilapan yang kerap dilakukan oleh mereka yang baru hendak memulakan bisnes sendiri, supaya saudara tidak mengulangi kesilapan jenis itu.

Ada tiga kumpulan orang yang cuba memasuki dunia bisnes. -Mereka yang mempunyai bakat semula jadi dalam bidang bisnes. -Mereka yang tidak mempunyai bakat bisnes. -Mereka yang mempunyai bakat, tetapi bakatnya itu tidak cukup besar.

Siapakah yang lebih perlu membaca buku ini? Jikalau saudara tidak mempunyai bakat bisnes, tetapi saudara sedang merancang memasuki dunia bisnes, maka saudara termasuk orang yang mesti membaca buku ini sebelum mengorak langkah memasuki dunia bisnes.

Jikalau saudara mempunyai bakat, saudara juga boleh mendapat manfaat daripada buku ini. Jadi, bacalah. Mudah-mudahan saudara tidak melakukan kesilapan sebagaimana yang dilakukan oleh ramai orang lain, yang ceritanya diterangkan dalam buku ini.

Sunday, November 1, 2009

BUKU PERNIAGAAN-Formula Menjadi Usahawan Berjaya


Buku ini memberi panduan kepada usahawan bagaimana mengaut untung apabila berniaga dan cara mengelakkan rugi. Antara perkara menarik yang dibincangkan di dalam buku ini seperti apa itu risiko perniagaan dan jenisnya, bagaimana produk unik menarik dan mengikat hati pelanggan dan banyak lagi. Buku ini adalah panduan bagi sesiapa sahaja yang berminat dan mahu menjadi usahawan berjaya.

Prakata

Bahagian 1
Kerjaya Usahawan: Tak Kenal, Maka Tak Cinta
Pengenalan
Kelebihan Menjadi Usahawan
Mengapa Usahawan Gagal?
Apa Itu Risiko Berniaga?
Jenis Perniagaan dan Risikonya
Mengawal dari Dalam: Apa Pentingnya?
Untung dan Rugi

Bahagian 2: Produk dan Pembungkusan
Pengenalan
Sama Tetapi Tidak Serupa
Produk Berkualiti, Bungkusan Menarik
Produk Mesra Pelanggan
Buat Produk dengan Ikhlas dan Jujur
Suci dalam Debu
Cipta Produk Unik

Bahagian 3: Sedia Berkhidmat
Pengenalan
Maaf! Saya yang Silap
Sukatan dan Timbangan
Mesra Pelanggan
Khidmat yang Menjauhkan Pelanggan
Khidmat Cemerlang, Pelanggan Setia
Cara Khidmat Tidak Profesional
Nilai Tambahan Menarik Pelanggan
Sumpah Bohong bagi Menarik Pelanggan

Bahagian 4: Pekerja…oh! Pekerja
Pengenalan
Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi
Bos OK, Pekerja KO
Belajar daripada Pekerja
Pekerja Bukan Hamba
Pekerja Sering Bertukar Ganti
Perniagaan dalam Perniagaan
Kebajikan Dijaga, Pekerja Setia
Menangani Pekerja Bermasalah

Bahagian 5: Bagaimana Mencari Pasaran?
Pengenalan
Inisiatif Mendekati Pelanggan
Tidak Kena Caranya, Binasa
Mengiklan Cara Tradisional
Iklan Melalui Internet
Anjurkan Rumah Terbuka
Buah Mulut
Daripada Masyarakat kepada Masyarakat

Bahagian 6: Pelanggan Setia? Begini Caranya…
Pengenalan
Pelanggan Adalah Raja
Kreativiti Tarik Pelanggan
Jaga Hubungan Baik dengan Pelanggan
Hargai Pandangan Pelanggan

Bahagian 7:Bagaimana Mengurus Akaun?
Pengenalan
Salah Persepsi Pada Akaun Perniagaan
Akaun Perniagaan Penting bagi Usahawan
Untung? Rugi?
Catat Pembayaran dan Penerimaan
Dokumen Asas Elak Rugi
Sistem Memberi Kredit
Memungut Hutang Cara Berhemah
Kemas Kini Buku Tunai, Elak Cek Tendang
Penyata Penyesuaian Bank Kesan Tindakan Seleweng
Penyata Kutipan Tingkat Kutipan
Berpecah Kongsi

Bahagian 8: Bagaimana Mengurus Stok?
Pengenalan
Barang Diterima Tidak Diperiksa
Rekod Keluar Masuk Stok
Urus Stok dengan EPOS

Bahagian 9: Sikap Usahawan, Faktor Berjaya
Pengenalan
Cari Duit Ataupun Cari Rezeki?
Hasad Dengki Bawa Mudarat
Semakin Berisi Semakin Mendongak
Peniaga Ibarat Ketam
Sanggup Berubah Supaya Berjaya
Orang Tamak Selalu Rugi
Usahawan Bukan Superman
Bersifat Ihsan Apabila Berniaga
Biar Papa, Asal Bergaya
Sediakan Payung Sebelum Hujan
Berfikiran Glokal
Ambil Peluang daripada Keadaan Mendesak
Tunggu… Tunggu dan Tunggu
Bibliografi

Buku ini berkisarkan bagaimana usahawan dapat mengaut untung dan pada masa yang sama mengelak rugi. Sebagaimana yang diketahui, untung penting pada usahawan bagi memastikan perniagaan yang dijalankan adalah berdaya saing dan kekal utuh mengharungi gelombang persaingan. Sebaliknya, rugi yang berterusan, apabila dibiarkan dapat membuatkan usahawan ‘gulung tikar’. Dalam usaha mengaut untung dan mengelak rugi, usahawan sebaik-baiknya ada pengetahuan, membuat rancangan dan menganalisis pelbagai aspek. Pelibatan kami ketika mengendalikan bengkel sistem akaun berkomputer untuk usahawan bumiputera, mendedahkan kami kepada ruang-ruang menambah baik yang masih dapat diisi oleh usahawan bagi menjayakan perniagaan mereka. Penulis mengadunkan maklumat yang diperoleh daripada para usahawan, pengalaman sendiri dan rakan-rakan sebagai pelanggan, sedikit usaha menggali ilmu daripada kitab Quran serta hadis Nabi Muhammad dan dipersembahkan dalam bentuk penulisan, dengan harapan ia dapat menjadi panduan berguna untuk rakan-rakan usahawan.

BUKU PERNIAGAAN-Mengapa Bisnes Gulung Tikar


Buku ini mengupas 44 kesilapan lazim yang dilakukan dalam urusan bisnes harian. Kesilapan-kesilapan ini dikategorikan kepada tiga punca utama iaitu kesilapan daripada diri sendiri, kesilapan merancang dan kesilapan dalam pemasaran. Turut diselitkan cara-cara mengatasinya dengan efektif. Anda berpeluang menjadi usahawan yang berjaya sekiranya mengetahui punca-punca bisnes gagal . Pengetahuan awal ini boleh dijadikan pencetus motivasi dan cabaran mendepani ‘sepak terajang’ dunia bisnes.

Prakata
Bahagian 1 : Kesilapan pada Diri
Kesilapan 1: Tidak Mengenal Potensi Diri
Kesilapan 2: Tidak Kenal Dunia Bisnes
Kesilapan 3: Sikap yang Menghalang Kejayaan
Kesilapan 4: Tidak Mengambil Pengajaran daripada Kesilapan
Kesilapan 5: Tiada Kemahiran Komunikasi

Bahagian 2 : Kesilapan dalam Perancangan
Kesilapan 6: Matlamat Bisnes Tidak Jelas
Kesilapan 7: Tiada Pelan Jangka Panjang
Kesilapan 8: Tiada Modal Pendahuluan
Kesilapan 9: Tidak Tahu Membuat Anggaran Perbelanjaan
Kesilapan 10: Tidak Mengurus Perbelanjaan Syarikat
Kesilapan 11: Konsep Bisnes yang Kabur
Kesilapan 12: Tidak Mengkaji Pasaran
Kesilapan 13: Gagal Mengurus Masa
Kesilapan 14: Tidak Merancang Jadual Kerja
Kesilapan 15: Salah Memilih Nama Syarikat
Kesilapan 16: Salah Memilih Lokasi Bisnes
Kesilapan 17: Organisasi Tidak Terurus
Kesilapan 18: Mengambil Pekerja yang Salah
Kesilapan 19: Tidak Mengambil Berat Hal Pekerja
Kesilapan 20: Terlalu Bergantung pada Kebolehan Individu
Kesilapan 21: Tidak Peka pada Perkembangan Teknologi

Bahagian 3 : Kesilapan dalam Pemasaran
Kesilapan 22: Pemasaran Tanpa Profil Syarikat
Kesilapan 23: Tidak Kreatif Menjana Idea
Kesilapan 24: Tiada Pelan Pemasaran
Kesilapan 25: Tiada Networking
Kesilapan 26: Kad Nama Tidak Memperkenalkan Bisnes
Kesilapan 27: Salah Tafsir Nilai Produk
Kesilapan 28: Tiada Penjenamaan
Kesilapan 29: Tidak Tahu Pelanggan Sasaran
Kesilapan 30: Mutu Khidmat Pelanggan yang Rendah
Kesilapan 31: Mengabaikan Khidmat Selepas Jualan
Kesilapan 32: Tidak Fokus pada Pelanggan Sedia Ada
Kesilapan 33: Tidak Mahir Seni Berunding
Kesilapan 34: Gagal Menarik Perhatian Pelanggan
Kesilapan 35: Tidak Tahu Teknik Jualan yang Berkesan
Kesilapan 36: Tidak Peka kehendak Pengguna
Kesilapan 37: Kesilapan dalam Membuat Iklan
Kesilapan 38: Iklan Tidak Sampai kepada Matlamat
Kesilapan 39: Menganggap Semua Pengguna Internet sebagai Pelanggan
Kesilapan 40: Tiada Blog Perniagaan
Kesilapan 41: Semasa Stok Berlebihan
Kesilapan 42: Berdepan Persaingan Sengit
Kesilapan 43: Membersihkan Imej yang Tercalar
Kesilapan 44: Berhadapan dengan halangan Bisnes
Bibliografi
Indeks
Biodata Pengarang

Mana-mana bisnes hanya berjaya apabila ia diasaskan daripada perspektif usahawan. Bisnes yang berjaya adalah bisnes yang dicipta mengikut realiti dunia bisnes, bukan kerana pemilik bisnes itu. Dengan kata lain, bisnes yang berjaya tidak dibina oleh orang yang luar biasa, tetapi ia dibina oleh orang yang membuat perkara luar biasa.

Semua orang boleh jadi usahawan yang terbilang, anda cuma perlu tahu bagaimana caranya. Ikuti langkah demi langkah yang terkandung dalam buku ini dan anda pasti berjaya sebagai usahawan.

Sesuai bagi usahawan dan individu yang bercita-cita menceburi bisnes supaya kesilapan-kesilapan lazim ini dapat dielakkan seterusnya berjaya dalam bisnes.

PTS Publications & Distributors Sdn Bhd © 2005 - 2009
No 12 & 12A, Jalan DBP, Dolomite Business Park,
68100 Batu Caves, Selangor, MALAYSIA
Tel : +603 6188 0316 | Fax: +603 6189 0316 | E-mail : sales@pts.com.my






http://pts.com.my/index.php/buku/mengapa_bisnes_gulung_tikar/



Wednesday, October 14, 2009

Tips Perniagaan Perabot 6

Tip untuk Mengusaha Perniagaan Runcit

Tip-tip ini diberikan oleh Y Bhg Dato' Ameer Ali Mydin, Pengarah Urusan Mydin Mohamed & Sons Sdn Bhd yang memiliki rantaian Emporium persendirian borong Mydin yang terbesar di Malaysia.

Sebelum membuat keputusan untuk mengusahakan perniagaan runcit, pastikan;

  • Anda belajar selok-belok perniagaan ini dari mereka menjalankan perniagaan yang sama.
  • Anda belajar tentang asas-asas perniagaan bagi membolehkan anda mendapat pengetahuan secukupnya dalam setiap sudut perniagaan ini.
  • Anda perlu belajar daripada pengalaman orang lain dari terus kekal dengan idea sendiri kerana mungkin idea tersebut tidak semestinya praktikal.
  • Seseorang usahawan itu mesti 'hands-on' dalam mengusahakan perniagaan.
  • Jangan terlebih atau terkurang dalam membayar gaji kakitangan anda.Bayarlah gaji mereka mengikut kadar yang berpatutan.
  • Apabila anda membuat keputusan untuk terlibat dalam perniagaan, lakukan dengan betul dan berdisplin serta penuh komitmen.Usahalah perniagaan anda dengan sepenuh hati.
  • Beri sepenuh tumpuan dalam perniagaan. Jangan mempelbagaikan perniagaan ke bidang lain menggunakan wang dari perniagaan yang sedia ada. Elakkan dari perkara penting ini.
  • Dalam perniagaan, jangan bersikap terlalu baik hati. Dalam kehidupan, anda tidak boleh terlalu baik dengan orang lain.
  • Anda perlu prihatin terhadap kos.Jangan membelanjakan wang hasil kerja keras anda ke atas perkara-perkara yang tidak berfaeadah.
  • Jangan campur-aduk perbelanjaan perniagaan dengan perbelanjaan peribadi.
  • Anda perlu menunjukkan kepada kakitangan anda yang anda faham dan tahu serba serbi tentang perniagaan anda. Ini menjadikan mereka tidak berani berbohong atau menipu anda.
  • Usahalah perniagaan yang membezakan anda dari orang lain yang terlibat dalam perniagaan yang sama. Jadikan perniagaan anda sesuatu yang istimewa dan unik untuk berbeza anda dari orang lain.
  • Jangan jalankan perniagaan dalam premis milik anda yang boleh di sewa dengan kadar yang tinggi. Sebaliknya carilah premis yang lebih murah yang bersesuaian dengan dengan bajet anda.
  • Apabila menyewa , rancang dan buatlah bajet yang betul bagi memastikan kadar sewa premis mengikut bajet anda. Jangan menyewa di tempat yang mahal walaupun ianya merupakan tempat yang stragetik.
  • Sebelum mencari lokasi perniagaan anda, buatlah perancangan, sediakan bajet dan aliran wang tunai, dapatkan pengesahan-pengesahan yang perlu (seperti pinjaman bank, lesen-lesen), sebutharga dan lain-lain perkara terlebih dahulu. Lokasi yang baik tidak akan menunggu anda.
  • Rancanglah perkara-perkara diluar jangkaan anda.Mengikut hukum Murphy, banyak perkara boleh berlaku secara tidak dijangka, hanya anda cuma perlu bersedia untuk menghadapinya.
  • Ambil insuran untuk melindungi stok, mesin pembayar (cash register), tunai runcit, komputer, sistem amaran dan apa-apa yang perlu diinsurankan.
  • Sentiasa berwaspada dengan risiko perniagaan seperti cap dagangan, bomba, bandaraya dan isu-isu pasar malam.
  • Tiada salahnya jika anda menjalankan perniagaan bersebelahan dengan pesaing anda sekiranya anda tahu kekuatan diri anda dan kelemahan pesaing anda.
  • Dalam perniagaan, berhati-hati dengan nisbah keumpilan. Nisbah keumpilan penting kerana pinjaman mempunyai kadar bunga. Jangan gunakan aliran tunai dari pinjaman bank.Simpanlah untuk kegunaan masa hadapan.
  • Anda perlu berhati-hati dan bertanggungjawab terhadap diri anda.
  • Amalkan etika perniagaan yang baik.Ia akan menjadi contoh kepada orang lain dan ia akan mempermudahkan
    kawalan dan pemantauan ke atas perniagaan anda.

Tips Perniagaan Perabot 3

10 Kesilapan Utama Dalam Perniagaan Kecil

Kesilapan-kesilapan berikut merupakan kesilapan umum yang dilakukan oleh kebanyakan usahawan dan pemilik perniagaan kecil. Berhati-hatilah dengan kesilapan yang amat merbahaya ini……..

1. Terlalu yakin dengan sesuatu idea dan taksub dengannya.

Jangan terlalu yakin dengan satu idea sahaja. Ingat, idea adalah matawang kepada usahawan.Pelbagaikan idea dan lihat yang mana berupaya memberi ganjaran dan kejayaan kepada anda.

2. Tiada Pelan Pemasaran

Pelan Pemasaran boleh memberikan perhatian yang anda perlukan kepada pihak sasaran. Ia menjadi daya tarik pelanggan terhadap anda! Terdapat lebih dari 25 cara untuk memasarkan perniagaan anda dengan kos yang rendah ataupun tanpa melibatkan sebarang kos. Perlaksanaan pelan pemasaran secara berkesan, cekap, konsisten dan penuh bergaya dapat menjimatkan kos panggilan.

3. Tidak mengenali pelanggan anda

Perubahan pada citarasa pelanggan dan juga produk serta perkhidmatan persaing akan mempengaruhi perniagaan anda, kecuali jika anda kenal pelanggan secara dekat, tahu kehendak mereka pada masa kini dan masa hadapan, tahu corak pembelian mereka dan tahu bagaimana untuk membantu mereka walaupun anda tidak mempunyai produk atapun perkhidmatan tersebut.

4. Tidak peka dengan kedudukan aliran tunai syarikat

Walaupun anda mempunyai produk yang paling terbaik, pelanggan mungkin tidak akan membelinya dalam tempoh waktu yang anda fikirkan. Oleh itu kedudukan aliran tunai yang mantap penting untuk menampung diri dan syarikat anda dalam tempoh tersebut.

5. Tidak peduli tentang kakitangan

Salah satu cabaran yang paling sukar bagi seorang usahawan atau pemilik perniagaan ialah untuk memberi motivasi, bimbingan dan mengurus pekerja. Tanpa kesabaran, kesungguhan dan kemahiran, masalah tersebut akan menjadi lebih teruk. Moral dan produktiviti pekerja serta keuntungan syarikat boleh musnah dengan segera!

6. Keliru tentang kemungkinan dengan realiti

Usahawan yang berjaya hidup di dalam dunia yang penuh dengan kemungkinan tetapi mereka berbelanja dalam dunia realiti.

7. Tiada pelan penjualan.

Tanpa pelan penjualan, maka tidak ada cara untuk mengukur perkembangan kewangan dan kemajuan perniagaan anda. Anda memerlukan plan yang realistik untuk melihat dari mana, bagaimana, bila dan siapa yang membawa masuk jualan.

8. Penyendiri

Anda mungkin tahu kesemunya tetapi anda tidak boleh melakukanya seorang diri dan berkembang pada masa yang sama. Anda perlukan kakitangan untuk mengagihkan tanggungjawab kepada mereka.

9. Tiada 'Mastermind'

Anda perlukan satu lembaga penasihat ataupun seorang mentor! Bagi mereka yang memopunyai pernigaan yang kecil , ini mungkin ini tidak masuk akal. Lembaga penasihat ini mungkin terdiri dari anggota keluarga atau sahabat yang anda percayai.Jadikan mereka Ahli Lembaga Pengarah, kaji pelan dan keputusan perniagaan bersama mereka. Adalah sangat kritikal untuk mempunyai seseorang yang boleh memberikan idea dan pandangan yang objektif.

10. Berputus Asa

Kebanyakkan usahawan yang berjaya pernah mengalami kegagalan. Oleh itu, sekiranya anda gagal, biarkan kegagalan itu. Bangun dan belajar dari kesilapan dan kegagalan lalu. Jangan berputus asa dan menderita.

Monday, October 5, 2009

Tips Perniagaan Perabot 2


Nasihat untuk Usahawan yang Sedang Meningkat
by Dato' Mohd Nadzmi Mohd Salleh

Untuk berjaya dalam perniagaan , usahawan perlu mempunyai minat yang mendalam dan jati diri yang tinggi” – Dato’ Mohd Nadzmi

Falsafah inilah yang dipegang oleh Y Bhg Dato’ Mohd Nadzmi Mohd Salleh, Pengerusi Eksekutif, Nadicorp Holdings Sdn Bhd. Beliau berkata demikian semasa memberi ceramah tengahari PUNB bertajuk " Revitalising Companies – The Way Forward” pada 27 Julai 2004.

Bermula dari dunia korporat, Dato' Nadzmi telah diberi peluang untuk mengendalikan syarikat-syarikat Kerajaan yang bermasalah dan berjaya membawa syarikat-syarikat ini keluar dari kemelut dan masalah perniagaan. Nama-nama seperti PROTON, MARA, Park May Sdn Bhd, BAM dan sebagainya banyak dikaitkan dengan ketegasan dan komitmen tinggi beliau mengurus secara lurus dan mantap. Bentuk pengurusan ini sinonim dengan nama beliau.

Sebagai seorang yang berjaya dan berpengalaman, beliau sering memberi tip sebagai panduan kepada usahawan PUNB untuk berjaya dalam dunia perrniagaan :-

Ini adalah nasihat beliau:

• Anda mesti mempunyai sikap rajin
• Seseorang yang ingin menjadi usahawan perlu mempunyai minat, keinginan dan kesungguhan yang tinggi dan tidak berbelah bahagi. Tanpa elemen ini , mungkin kejayaan yang diharapkan tidak akan tercapai. Menurut Dato’ Mohd Nadzmi, sikap untuk berusaha secara bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu kerja adalah satu sikap yang baik.

Mengikut Dato' Mohd Nadzmi, kita tidak dapat meramal masa depan kita. Contohnya jika seseorang yang mendapat pangkat ‘A’ dalam peperiksaan bukan bermakna dia akan mendapat ‘A’ dalam semua perkara. Jika kita lihat usahawan yang berjaya, mungkin mereka bukan dari golongan yang mendapat pangkat ‘A’ dalam peperiksaan. Tetapi mereka terdiri dari golongan yang gemar mengambil risiko dan akan berbuat apa sahaja untuk bertahan. Mereka belajar dari pengalaman dan berani mengambil risiko. Tanpa minat yang tinggi, kesungguhan, kesabaran dan takwa, usahawan tidak akan beroleh kejayaan cemerlang.

• Anda mesti mempunyai keyakinan diri
• Disamping minat dan kesungguhan, kreativiti juga perlu ada dalam diri seseorang. Ini perlu dipupuk dengan sikap bertanggungjawab, semangat yang tekad , keimanan yang kukuh dan berfikiran terbuka dan positif. Bagi Dato’ Mohd Nadzmi, usahawan adalah insan yang istimewa. Mereka merupakan golongan yang berani dan sanggup mengharungi pahit getir dunia perniagaan yang mencabar. Oleh itu, menurut Dato’ Mohd Nadzmi, seorang usahawan tidak perlu teragak-agak untuk membuat sesuatu keputusan semasa mengurus perniagaan. Apa yang penting, perlu ada ketegasan dalam membuat keputusan untuk menjamin keutuhan perniagaan tersebut. Setiap keputusan yang dibuat mempunyai risiko yang bakal dihadapi, tetapi jangan terlalu difikirkanya. Usahawan perlu menghadapinya dan terpulanglah kepada diri bagaimana untuk menyelesaikannya

• Mengurus organisasi dan operasi syarikat adalah penting
• Mengurus organisasi dan operasi syarikat merupakan perkara penting yang perlu diberi perhatian khusus. Contohnya pengurusan aliran wang tunai (cash flow) amat penting kerana ia diibaratkan seperti nadi dalam tubuh manusia. Jika aliran wang tunai tidak diurus secara mantap, syarikat tersebut akan menjadi kelam kabut dan akhirnya akan runtuh. Oleh yang demikian, setiap usahawan perlu memastikan aliran wang tunai syarikat mereka berada dalam keaadan yang kukuh.

• Penghormatan mesti diberi dan bukan diminta
• Seseorang usahawan perlu mengetahui secara terperinci mengenai hal ehwal perjalanan operasi perniagaan mereka. Ini dapat tercapai jika mereka mempunyai ilmu pengetahuan dan pengalaman kerana kedua-dua ini penting untuk meletakkan seseorang usahawan itu di tahap yang lebih tinggi dari para pekerjanya dan pesaingnya. Menurut beliau, penghormatan mesti diberi dan bukan diminta dan usahawan hanya akan mendapatkannya melalui ilmu pengetahuan. Sekiranya ilmu tersebut tidak terdapat di sini maka usahawan perlulah berusaha mencarinya di tempat yang lain atau mendapatkannya dari orang yang lebih berpengalaman.

• Belajar apa yang perlu mengenai cara menguruskan operasi peniagaan
• Fokus kepada bagaimana sesuatu perniagaan itu harus dijalankan. Usahawan perlu menentukan misi dan visi diri dan syarikat. Lebihkan tumpuan kepada bagaimana cara untuk menangani sesuatu permasalahan perniagaan yang timbul. Jangan optimis kepada sesuatu yang anda suka sahaja tetapi belajarlah tentang semua perkara untuk mengurus perniagaan dengan cemerlang .

• Belajar dari kesilapan
• Menurut Dato’ Mohd Nadzmi, tiada manusia di dunia ini sempurna. Kesilapan yang timbul mengajar manusia untuk memperbaiki kelemahan diri agar dapat mengembangkan minda kita menjadi lebih kreatif menyelesai masalah. Buatlah ‘post mortem’, kaji kesilapan yang telah berlaku dan jangan ulangi kesilapan itu. Di samping itu, sikap ego perlu diketepikan dan akuilah kesilapan yang telah berlaku. Jika kesilapan yang lalu tidak diperbaiki dan diulangi, pasti kejayaan tidak dapat akan tercapai.

• Ambil tindakan berasakan keutamaan
• Usahawan perlu bijak bertindak mengikut kepentingan sesuatu perkara. Menurut Dato' Mohd Nazmi, beliau akan menulis dalam buku nota tentang perkara yang memerlukan tindakan beliau apabila perkara tersebut terlintas di kotak fikirannya. Beliau kemudian menyenaraikan perkara-perkara tersebut mengikut kepentingan dan bertindak mengikut senarai yang tertulis. Menurut beliau lagi, sekiranya seseorang berada di dalam kemelut perniagaan, tulislah apa yang difikirkan. Tetapi apa yang penting, janganlah takut dengan masalah tersebut dan bertindaklah untuk menyelesaikanya secara bijak.

• Jadilah pemimpin yang bertanggungjawab
• Menurut Dato’ Mohd Nadzmi, beliau menjadikan YAB Tun Dr Mahathir Mohamed, bekas Perdana Menteri Malaysia sebagai mentor. Minat beliau untuk menjadi usahawan timbul setelah diberi tanggungjawab mengendali syarikat-syarikat Kerajaan yang bermasaalah. Beliau tidak diberi pilihan tetapi perlu memastikan syarikat-syarikat di bawah kendaliannya berjaya.

Dato’ Mohd Nadzmi juga menasihati para usahawan bahawa sekiranya diberi tugasan penting seseorang itu perlulah:-

- melakukan tugasan yang diamanahkan dengan cara yang terbaik
- mempunyai keupayaan untuk menganalisa dan menyelesaikan masalah
- kreatif dalam membuat keputusan
- jadikan masaalah yang timbul sebagai satu peluang untuk berjaya.

Seorang pemimpin mesti mempunyai imej yang baik supaya dihormati oleh orang-orang pimpinannya dan pesaingnya. Seorang peminpin juga perlu mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang luas tentang pengurusan dan operasi syarikatnya dan juga syarikat pesaing. Semua ini perlu untuk seseorang mencapai kejayaan cemerlang dalam perniagaan, Insyallah.

Tips Perniagaan Perabot 1

Sedang berfikir untuk menceburi bidang perniagaan …. Sila baca ini dahulu!
by PUNB

Artikel 'semua yang anda ingin tahu' ini merupakan satu editorial yang berfaedah yang memberi satu senarai 'sebelum anda bermula' yang baik. Senarai ini berguna untuk mereka yang serius untuk memulakan perniagaan sendiri.

Memula dan mengurus perniagaan memerlukan motivasi, keinginan dan bakat. Ia juga memerlukan kajian dan perancangan yang rapi.Seperti permainan catur, kejayaan di dalam perniagaan bermula dengan langkah yang tegas dan tepat. Walaupun kesalahan yang dilakukan di peringkat permulaan berniagan tidak begitu menjejaskan perniagaan, tetapi ia memerlukan kemahiran, disiplin dan usaha gigih untuk mendapatkan semula peluang tersebut.

Untuk berjaya, cari dan nilai matlamat perniagaan dan juga diri anda.Gunakan maklumat ini untuk merangka pelan perniagaan secara menyeluruh yang dapat membantu anda mencapai matlamat tersebut.

Proses untuk merancang pelan perniagaan akan membantu anda untuk berfikir mengenai isu-isu penting yang belum anda pertimbangkan. Perancangan anda akan menjadi alat dan buku panduan yang berharga untuk anda berusaha mencari sumber pembiayaan.Ia juga berfungsi sebagai pengukur kejayaan perniagaan anda.

1. Baru Bermula
Sebelum bermula, senaraikan sebab-sebab anda mahu memulakan perniagaan. Sebahagian daripadanya ialah :
· Anda ingin menjadi seorang majikan
· Anda inginkan kebebesan kewangan
· Anda inginkan kebebasan kreativiti
· Anda ingin menggunakan sepenuhnya kemahiran dan pengetahuan yang ada

2. Menentukan perniagaan yang 'sesuai untuk anda'. Tanya diri anda :
· Apa yang saya buat di masa lapang?
· Apakah kemahiran teknikal yang telah saya pelajari atau perolehi?
· Apa pendapat orang lain tentang kebolehan saya?
· Bolehkah saya mendapat sokongan dari keluarga ?
· Berapa banyak masa yang saya ada untuk mengusahakan perniagaan saya?
· Adakah saya mempunyai hobi atau minat yang boleh dipasarkan?

3. Kenalpasti 'niche' perniagaan anda. Jalankan kajian yang perlu untuk menjawab soalan-soalan ini:
· Apakah jenis perniagaan yang saya minati?
· Apakah khidmat atau produk yang saya akan pasarkan?
· Adakah idea saya praktikal dan bolehkah ia menepati kehendak/ keperluan?
· Siapakah persaing saya?
· Apakah kelebihan perniagaan saya berbanding dengan perniagaan sedia ada?
· Bolehkah saya memberikan khidmat yang berkualiti tinggi?
· Bolehkah saya mengwujudkan permintaan terhadap perniagaan saya?

4. Buat senarai 'pra-perniagaan'.Anda perlu menjawab soalan-soalan ini:
· Apakah kemahiran dan pengalaman yang boleh saya sumbangkan kepada perniagaan ini?
· Bagaimana kedudukan saya di sisi undang-undang?
· Bagaimana rekod perniagaan akan dikendalikan?
· Apakah jenis perlindungan insuran yang diperlukan?
· Apakah peralatan atau bekalan yang diperlukan?
· Apakah imbuhan untuk diri saya?
· Apakah sumber yang saya perlukan?
· Di manakah premis perniagaan saya?
· Apakah nama perniagaan saya?

Jawapan ini akan membantu anda untuk membuat rancangan perniagaan lebih fokus dan menyeluruh yang boleh berfungsi sebagai 'blueprint'. Ia akan memberi butiran terperinci bagaimana peniagaan akan dijalankan dan diuruskan.

Rancangan perniagaan merupakan asas penting untuk memulakan perniagaan. Setelah anda menyiapkan rancangan tersebut, semak dengan kawan dan rakan perniagaan. Apabila anda berpuas hati dengan isi dan strukturnya, buatlah temujanji dengan pegawai bank untuk semakan dan perbincangan lanjut. Rancangan perniagaan adalah dokumen fleksibel dan perlu berubah apabila perniagaan anda berkembang.


Tips Perniagaan Perabot 4



Perniagaan Memerlukan Pemasaran

Mengurus perniagaan memerlukan tahap kefahaman yang mencukupi. Tidak kira sama ada seseorang itu usahawan atau pengurus professional, kejayaan perniagaan yang diurusnya bergantung kepada tahap kefahamannya mengenai perniagaan.

Satu perkara asas mengenai perniagaan yang perlu difahami ialah Kitaran Perniagaan. Dengan memahami Kitaran Perniagaan, kita dapat melihat bagaimana sesuatu perniagaan itu bergerak dan menjana aliran tunai. Dalam perniagaan, aliran tunai adalah perkara paling penting dan kedudukan aliran tunai yang sihat akan menjamin perkembangan dan pertumbuhan perniagaan.

Secara ringkasnya Kitaran Perniagaan boleh ditunjukkan seperti Rajah 1 berikut:

ac_rajah1.gif

Rajah di atas menunjukkan bahawa perniagaan memerlukan modal wang untuk pembelian stok barangan atau bahan mentah yang mungkin perlu ditambah nilai melalui proses tertentu bagi menyediakan sesuatu produk atau keluaran. Bagi mendapat balik modal wang yang dibelanjakan, produk atau perkhidmatan yang dihasilkan perlu dijual di pasaran. Jika produk yang terhasil gagal dijual, kitaran perniagaan tidak akan lengkap dan ini menjejaskan aliran tunai perniagaan tersebut. Tanpa aliran tunai yang positif, perniagaan tidak mempunyai peluang untuk terus bertahan.

Penjualan produk atau perkhidmatan adalah satu perkara penting bagi operasi perniagaan. Untuk memastikan jualan dapat dilaksanakan ditahap paling tinggi, kefahaman tentang pemasaran dikalangan usahawan atau pihak pengurusan amat perlu. Kita telah melihat banyak perniagaan gagal kerana kelemahan dari segi pemasaran. Ramai usahawan mampu menghasilkan produk atau perkhidmatan yang baik dan berkualiti tetapi perniagaan mereka masih gagal kerana tidak dapat memasarkan produk seperti diharapkan. Oleh itu, setiap rancangan perniagaan harus memberi penekanan kepada aspek pemasaran.

Masih ramai yang memahami pemasaran sebagai hanya penjualan dan pengiklanan. Pemasaran sebenarnya adalah lebih dari itu. Kotler & Armstrong dalam Principles of Marketing menulis “Konsep pemasaran mengatakan bahawa pencapaian matlamat organisasi bergantung kepada usaha menentukan keperluan dan kehendak pasaran sasar dan memberi kepuasan yang dikehendaki dengan lebih efektif dan efisien daripada pesaing”. Konsep jualan berbeza dari konsep pemasaran di mana konsep jualan bermula dari kilang sementara konsep pemasaran bermula dengan pasaran. Perbezaan kedua konsep ini di tunjukkan seperti Rajah 2 berikut:

rajah 2.jpg

Konsep jualan tidak sesuai dalam pasaran di mana pelanggan yang berkuasa. Oleh kerana pemasaran berkait dengan kepuasan pelanggan, ia melibatkan produk, pembungkusan, promosi, harga dan pasaran. Maka tumpuan keatas faktor-faktor ini penting untuk menghasilkan pemasaran bersepadu yang boleh meningkatkan jualan. Kombinasi produk yang baik, pembungkusan yang menarik serta harga yang kompetitif hanya akan berkesan sekiranya ia memenuhi kehendak pasaran sasar.

Dalam keadaan pasaran yang semakin bersaing dan lebih terbuka, adalah wajar kaedah pemasaran memfokus kepada segmen pasaran dan produk diguna pakai. Syarikat perniagaan mungkin perlu mengenalpasti pasaran nich sebagai tumpuan. Memfokus kepada produk juga penting kerana apabila pasaran menjadi semakin besar, pengkhususan produk akan memberi kelebihan. Adalah lebih mudah memberi tumpuan kepada produk yang khusus daripada cuba mempelbagai produk dalam suasana pasaran yang luas. Dari masa kemasa, banyak perniagaan gagal apabila hilang fokus terhadap perniagaan asasnya.

Pengkhususan produk akan memastikan kualiti yang tinggi. Namun begitu, dalam keadaan di mana teknologi semakin memudahkan proses-proses pembuatan, kualiti produk yang tinggi mudah ditandingi oleh para pesaing. Oleh itu, kualiti yang tinggi harus pula ditawarkan pada harga yang lebih rendah dari pesaing.

Satu lagi aspek pemasaran yang harus diberi perhatian kini ialah konsep jenama (brand). Ada jenama yang besar dan terkenal diseluruh dunia dan ada juga jenama-jenama kecil yang khusus dan bertumpu kepada pasaran tertentu. Bagi perniagaan yang sukar menandingi jenama besar, strategi yang sesuai ialah membina jenama khusus untuk pasaran tertentu.

Pemasaran adalah penting untuk pertumbuhan perniagaan. Perniagaan yang tidak memberi tumpuan kepada pemasaran akan gagal dalam jangka terdekat kerana jualan akan terjejas dan kitaran perniagaan juga akan terjejas. Untuk memastikan pemasaran lebih berkesan, pengurusan tertinggi syarikat hendaklah melibatkan diri secara langsung dalam proses pemasaran. Pemasaran adalah terlalu penting untuk diserahkan hanya kepada pengurus pemasaran dan jabatan pemasaran. Ketua-ketua eksekutif syarikat mesti memahami konsep pemasaran secara mendalam di samping memahami bidang kewangan, pengeluaran, pengurusan dan sebagainya.



Tuesday, July 7, 2009

Tips Perniagaan Perabot 5

3) Lawan secara profesional.

Ya, anda perlu lawan dengan profesional bermaksud anda harus menggunakan kelebihan yang tidak dimiliki pesaing anda. Jangan pula anda menjerutkan leher anda sendiri dengan melawan secara mebuta tuli dengan harapan pesaing anda akan menyerah kalah sedangkan beban risiko yang besar diatas bahu anda.

Saya berikan contoh jikalau anda menjalankan perniagaan perabot, dan tiba-tiba pesaing anda juga membuka kedai perabot di kawasan berhampiran anda. Apa yang memeningkan kepala anda, pesaing anda menawarkan harga barangan pada harga yang lebih rendah dari anda. Bukan itu sahaja, anda juga tidak mampu menawarkan harga sepertinya kerana margin keuntungan anda pun tidaklah tinggi.

Dalam situasi begini, apakah anda mahu menurunkan harga? Jawapan saya tidak perlu sama sekali. Pada saya, melawan pesaing dengan turut menurunkan harga sedangkan anda tahu margin anda sedia ada pun tidaklah tinggi untuk menyerap kos adalah membahayakan anda sendiri.

Jadi, anda perlu lawan secara profesional. Gunakan apa yang pesaing anda tidak miliki. Sebagai contoh, mungkin anda boleh menawarkan kaedah pembayaran ansuran. Ya, pelanggan sudah tentu tidak merasakan bebanan jika dibayar secara ansuran.

Atau juga anda mempelbagaikan pilihan barangan anda.Pelanggan juga seseorang yang cerewet dan sudah tentu mempelbagaikan pilihannya untuk membeli.Kaedah ini mungkin tidak dimiliki pesaing anda walaupun mereka menawarkan harga yang rendah.

Dan begitulah resepi kejayaan Courts Mammoth, syarikat menjual perabot yang terkemuka di dunia! Kalau diikutkan harga perabot di Courts Mammoth bukanlah rendah malahan banyak syarikat lain yang menawarkan harga yang lebih rendah tetapi mengapa Courts Mammoth masih menjadi pilihan pengguna?

Sebabnya hanya satu, ia melawan pesaingnya secara profesional!Tidak perlu anda mengorbankan perniagaan anda dengan mengikut rentak pesaing anda.

Sunday, July 5, 2009

Bench

3p1-2009-b1
RM 80

Mirror Cabinet

3p1-2009-mc1
RM 90

Tallboy

3p1-2009-cod2
RM 370


Display Cabinet

3p1-2009-dc1
RM 420

TV Cabinet

H500 x D450 X L1200
3p1-2009-02-Tv02
RM180
Solid Rubber Wood/Compress Wood

H550 x D450 x L1200
3p1-2009-03-TV01

RM 360
Solid Rubber Wood /Compress Wood

Shoes Cabinet

3p1-2009-1
Rm 390

Tuesday, June 30, 2009

Apperentic Fitec

Barisan Belakang Dari Kiri:Ku Rahim,Hanafi,Mail,Azrul Azraai,Aidil
Barisan Depan Dari Kiri:Helmi,En.Wais,Puan,Ibut

Tuesday, June 2, 2009

Strategi Bagi Mengantarabangsakan Perabot Usahawan Bumiputera



Oleh Cik Rashidah Abd Ghani

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Nilai eksport perabot Malaysia bagi 140 negara di dunia mencatatkan jumlah melebihi RM8 bilion pada tahun lepas dengan jangkaan melampaui RM10 bilion pada tahun 2010.

Namun peratusan daripada pengusaha perabot bumiputera adalah begitu kecil sekali.

Bayangkan dengan perkembangan yang begitu pesat dan semakin mencabar, pembabitan pengusaha bumiputera dalam pengeksportan perabot hanyalah dalam lingkungan dua peratus sahaja.

Walaupun secara relatifnya usahawan perabot bumiputera menguasai hampir 20 peratus pasaran tempatan, namun kebanyakan pasaran datangnya daripada kontrak yang telah diberikan oleh kerajaan.

Antara punca terjadinya perkara ini ialah ketiadaan kepakaran teknologi dan pengetahuan bagi menghadapi saingan dalam industri ini, demikian menurut pendapat Professor Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka UiTM Kelantan, Prof Madya Dr Marzuki Ibrahim kepada Bernama.

Akibat daripada kelemahan ini, hampir kesemua aktiviti ini sama ada industri hiliran atau huluan telah dimonopoli oleh kaum bukan bumiputera.

KETINGGALAN ASPEK REKA BENTUK

Faktor keduanya ialah tiadanya rantaian nilai dalam industri ini mengakibatkan mereka tidak dapat bersaing sama ada dalam pasaran terbuka mahupun pasaran eksport.

Selain aspek pemasaran, pengusaha perabot bumiputera juga ketinggalan dalam aspek reka bentuk kerana perabot yang dihasilkan mereka hanyalah melalui "proses segera', jelas Dr Marzuki lagi.

Ini dilakukan melalui pengubahsuaian reka bentuk perabot luar negara yang diperolehi daripada sumber-sumber seperti majalah, katalog mahupun melalui lawatan ke pameran perabot .

Akibatnya, reka bentuk perabot yang dihasilkan mereka bermutu rendah dan dikategorikan di bawah pasaran perabot kos rendah.

Berdasarkan kepada senario ini, beliau berkata, kerajaan melalui MARA telah menetapkan sasaran sebanyak lima peratus pertumbuhan perabot bumiputera dalam tempoh lima tahun RMK-9.

Beberapa langkah dan strategi bagi memantapkan lagi kedudukan pengusaha bumiputera juga disarankan melihat kepada pasaran-pasaran baru yang lain seperti Eropah yang mempunyai pasaran perabot melebihi RM50 bilion untuk diterokai.

PERKEMBANGAN INDUSTRI

Sejarah pengeluaran dan pengeksportan perabot di Malaysia bermula agak perlahan dengan pertumbuhan kilang kecil-kecilan pada lewat 1970-an.

Industri perabot Malaysia hanya memasuki era eksport pada pertengahan tahun 1980-an dengan eksport berjumlah RM25 juta pada tahun 1985, kata Marzuki.

Eksport perabot Malaysia terus berkembang maju dengan mencatat jumlah eksport sebanyak RM1.228 bilion dan bertambah hampir RM1 bilion setiap tahun.

Sebagai contoh, jumlah eksport mencatatkan RM2.078 bilion pada 1995, RM3.094 bilion (1997), hampir RM5 bilion (1999), melebihi RM5 bilion (2000), RM7.67 bilion (2005) dan meningkat ke paras tertinggi sebanyak RM8.19 bilion pada tahun 2006, katanya.

Eksport perabot Malaysia dijangka berkembang antara tujuh dan sembilan peratus setiap tahun.

Sehingga akhir 2005, Amerika Syarikat masih lagi menjadi pengimport perabot Malaysia yang terbesar dengan jumlah sebanyak 33.5 peratus. Ia disusuli Jepun (10.25 peratus) dan United Kingdom (8.85 peratus).

PROSPEK CERAH

Mengenai jenis perabot pula, Marzuki berkata, rekod menunjukkan 81.41 peratus datangnya daripada perabot kayu terutama kayu getah diikuti logam (12.30 peratus), manakala perabot rotan hanya menyumbang sebanyak 0.65 peratus daripada keseluruhan eksport perabot negara.

Prospek industri perabot adalah cerah walaupun Malaysia terpaksa bersaing dengan negara jiran yang lain seperti Thailand, Indonesia, Filipina, Vietnam mahu pun China.

Seperti Malaysia, negara-negara berkenaan juga berusaha mempergiatkan aktiviti mereka dengan meneroka dan terus mencari pasaran baru.

Bagi Malaysia usaha yang berterusan sedang dilaksanakan bagi mencari pasaran baru seperti di Amerika Selatan dan Amerika Utara dan beberapa pasaran mewah yang khusus.

PAMERAN ANTARABANGSA

Sejajar dengan hasrat mengantarabangsakan perabot bumiputera, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kelantan dan agensi MARA, Furniture Industry Technology Centre (FITEC) akan menganjurkan satu Pameran Persidangan Perabot Antarabangsa 2008 yang pertama di Malaysia (2008ifcx).

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan merasmikan pameran itu yang bermula dari 28 hingga 30 Julai manakala Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Noh Omar akan melakukan penutupannya.

Kira-kira 500 peserta dari dalam dan luar negara dijangka menghadirinya. Bertemakan mengantarabangsakan reka bentuk perabot, ia akan mengutarakan dua faktor asas bagi pengeluar perabot Malaysia bersaing di peringkat antarabangsa iaitu reka bentuk dan pemasaran.

Dua penceramah terkemuka, Karim Rashid (seorang pereka perabot terkenal dunia) akan mengupas mengenai kepentingan reka bentuk berkualiti manakala Dr Stefan Wille dari Aktrin Furniture Information Centre akan membincangkan secara terperinci mengenai strategi pemasaran.

Selain itu, 56 kertas kerja hasil penyelidikan oleh pembentang dari dalam dan luar negara dan pameran akan diadakan.

Diharapkan pameran itu dapat memenuhi aspirasi kerajaan yang mahukan perabot keluaran Malaysia dikenali di seluruh dunia dengan memenuhi standard rekaan antarabangsa dan dapat bersaing dalam pasaran antarabangsa yang begitu kompetitif, kata Dr Marzuki.

-- BERNAMA(dipetik dari http://web6.bernama.com/client/mecd/newsbm.php?id=348096)

Friday, May 29, 2009

Bookcase

w4' x H8'
RM:360
Colour:white & Black

Contract Project

meja tadika 140

kerusi tadika
Rm 68

Build-In Cabinet

Display Cabinet With Shoes Cabinet
Rm 1900
Colour:Polish White

Intro CHOSDESIGN-THE FUSION OF STYLE


Industri perabot adalah salah satu industri yang memberi sumbangan dari segi pendapatan dan peningkatan taraf ekonomi negara.Kini Malaysia didalam tangga yang ke-9 dikalangan negara pengeksport perabot dan mengeksport lebih 160 negara*.Perdagangan global perabot dicatatkan kira-kira AS$125 bilion (RM 450 bilion) dan mensasarkan eksport perabot berjumlah RM10 bilion menjelang 2010 berasaskan kepada kualiti dan reka bentuk perabot*.
Nilai eksport perabot Malaysia kini didalam arah aliran meningkat.Pada 2007 ia berjumlah RM6.38 bilion dan dari januari hingga september tahun ini RM 6.44 bilion dan tinjauan masa depan industri perabot Malaysia bagi 2009 adalah positif.
Bagi mengukuhkan sektor berkenaan, beberapa langkah antaranya meningkatkan jumlah eksport ke pasaran baru luar negara sebagai langkah alternatif seperti Asia Barat memandangkan pasaran utama negara adalah Amerika Syarikat (AS) yang berdepan krisis ekonomi.Langkah lain adalah mengukuhkan kedudukan usahawan Bumiputera yang ketika ini lebih tertumpu peringkat domestik dan kontrak kerajaan.Peratusan usahawan Bumiputera terbabit didalam eksport adalah sangat kecil iaitu 1.6 peratus berbanding 20 peratus dikuasai mereka di peringkat pasaran tempatan.Padahal nilai pasaran perabot di peringkat global melebihi RM50 bilion.
Pelbagai cara mempertingkatkan industri perabot Malaysia dimana pameran perabot antarabangsa seperti Malaysia International Furniture Fair (MIFF),Export Furniture Exhibition (EFE),MATRADE dan AseanWood Woodtech Malaysia (Woodtech) di anjurkan di negara bagi membuka peluang di peringkat lebih luas dan berdaya saing di peringkat global.
Dengan peluang yang begitu besar dan menguntungkan,melalui Rancangan Malaysia ke-9 (RMK-9) usahawan bumiputera bakal dilahirkan oleh MARA menerusi Kementerian Pembanguna Usahawan dan Koperasi (MECD) serta Pusat Sumber Teknologi Perabot MARA (Fitec),pelbagai program telah dikenalpasti bagi melahirkan usawan Bumiputera yang mahir didalam pelbagai bidang dan bantuan kewangan bagi usahawan yang layak.
Berdasarkan faktor-faktor diatas,CHOSDESIGN menyahut seruan kerajaan dan pasaran global terutama bagi memenuhi permintaan pasaran didalam meningkatkan peratus usahawan Bumiputera. Malah menjadi salah satu usahawan Bumiputera yang membantu Industri perabot Malaysia terus maju dan berdaya saing.
CHOSDESIGN menjalankan perniagaan Eksport perabot didalam pasaran Malaysia,Eropah dan Timur Tengah,produk yang dipasarkan seperti set bilik tidur dan set tambahan dengan rekaan dan kualiti yang bertaraf global.
* Petikan dari Akhbar Berita Harian/Jumaat/12 Disember 2008,Bahagian Bisnes, mukasurat 42.
* Petikan dari Akhbar Harian Metro/Rabu/16 November 2008,Bahagian Bisnes, mukasurat 35.
* Petikan dari Malaysia Furniture 2007 Directory/Rabu/Edisi March 2008,Bahagian Editor, mukasurat 392.