Nuffnang

Tuesday, September 28, 2010

NIK LAH SENDIRIAN BERHAD-Encik Nik Abdullah

NIK ABDULLAH BIN RAJA AHMAD.

NIK LAH SENDIRIAN BERHAD

1066,BATU 8,JALAN SABAK,

PENGKALAN CHEPA,

16100,KOTA BHARU,

KELANTAN.

Chosdesign Blog : Terima kasih. Terlebih dahulu ribuan terima kasih saya ucapkan kerana kesudian Encik Nik untuk diwawancara. Bagaimanakah Encik Nik mula melibatkan diri dalam bidang pembuatan perabot?

Encik Nik: sama2..sebenarnya sebelum saya melibatkan diri dalam bidang pembuatan perabot saya hanya membekal kayu bersaiz sahaja kepada penduduk setempat,dan dari hari kehari kerana permintaan orang setempat untuk saya membekalkan frem pintu dan jendela maka bermula dari situ saya mulai membuka sebuah bengkel perabot yang mana hanya membuat frame pintu dan jendela.dan bermula dari situ lah pada tahun 1995 secara rasminya syarikat saya di tukar dari enterprise ke sendirian berhad.

Chosdesign Blog : Bagaimanakah timbulnya minat Encik Nik untuk melibatkan diri dalam bidang ini?

Encik Nik :.sebenarnya ini bukan soal minat..ini adalah soal peluang..memandangkan pada waktu itu saya melihat peluang untuk menjalankan perniagaan pembuatan perabot ini sangat besar.

Chosdesign Blog : adakah Encik Nik sendiri yang membuka perniagaan ini?

Encik Nik: ya

Chosdesign Blog: Apakah masalah yang Encik Nik hadapi ketika memulakan perniagaan ini dahulu?

Encik Nik:masalah yang saya hadapi dari dahulu sampai sekarang ialah masalah harga bahan mentah..sebagai contoh kayu..walaupun Negara kita merupakan salah satu Negara pengeksport kayu terbesar tapi harga bahan mentah kayu di pasaran tempatan masih pada tahap yang menakutkan berbanding dengan harga kayu di Indonesia.. jadi bagaimana syarikat tempatan hendak bersaing harga di pasaran dengan perabot kayu import dari china misalnya.dari segi kos buruh negara kita juga lebih tinggi berbanding Vietnam dan china ataupun indonesia

Chosdesign Blog : Saya yakin bahawa banyak orang yang kagum akan kejayaan Encik Nik . apakah rancangan-rancangan Encik Nik pada masa yang akan datang?

Encik Nik:insyallah..jika masih punya kesempatan dalam bidang ini..saya berhasrat untuk menjalankan proses pembuatan perabot ini secara fully automatic machine dan memenuhi kapasiti untuk mengeksport perabot buatan Malaysia di pasaran antarabangsa.


Chosdesign Blog
: Adakah Encik Nik yakin bahawa rancangan ini akan berjaya dan mendapat sambutan daripada masyarakat di luar negeri?

Encik Nik: ya, sudah semestinya, produk-produk dari negara kita mempunyai banyak faktor2 yang relivan untuk mendapat sambutan daripada masyarakat di luar negeri.

Chosdesign Blog : Selain mengeksport perbot ke luar negeri, apakah rancangan lain yang mungkin dijalankan?

Encik Nik: kami mempunyai beberapa perancangan yang lain lagi..tapi itu perangcangan dalam jangka masa panjang.

Chosdesign Blog : saya mendapati bahawa Encik Nik mengutamakan perabot yang berbentuk Simple dan Classic.

Encik Nik: sebenarnya pada masa ini kami hanya membuat perabot secara OEM sahaja..yang mana pelanggang kami yang menentukan spesifikasi dan design..dan kilang kami akan berusaha bagaimana produk itu dikelaurkan mengikut spesifikasi dan design pelanggan.

Chosdesign Blog : Akhir sekali, apakah pesanan Encik Nik kepada pelawat Chosdesign Blog ini?

Encik Nik:untuk Berjaya kita bukan sahaja perlu ada pengetahuan tapi kita juga perlu punyai peluang dan jangan sia-siakan peluang yang ada..

Chosdesign Blog : Nampaknya setakat ini saja wawancara kita kali ini. Terima kasih sekali lagi kerana Encik Nik sudi meluangkan masa untuk diwawancara.

Encik Nik: Sama-sama. maasalamah

No comments:

Post a Comment