Nuffnang

Friday, May 29, 2009

Intro CHOSDESIGN-THE FUSION OF STYLE


Industri perabot adalah salah satu industri yang memberi sumbangan dari segi pendapatan dan peningkatan taraf ekonomi negara.Kini Malaysia didalam tangga yang ke-9 dikalangan negara pengeksport perabot dan mengeksport lebih 160 negara*.Perdagangan global perabot dicatatkan kira-kira AS$125 bilion (RM 450 bilion) dan mensasarkan eksport perabot berjumlah RM10 bilion menjelang 2010 berasaskan kepada kualiti dan reka bentuk perabot*.
Nilai eksport perabot Malaysia kini didalam arah aliran meningkat.Pada 2007 ia berjumlah RM6.38 bilion dan dari januari hingga september tahun ini RM 6.44 bilion dan tinjauan masa depan industri perabot Malaysia bagi 2009 adalah positif.
Bagi mengukuhkan sektor berkenaan, beberapa langkah antaranya meningkatkan jumlah eksport ke pasaran baru luar negara sebagai langkah alternatif seperti Asia Barat memandangkan pasaran utama negara adalah Amerika Syarikat (AS) yang berdepan krisis ekonomi.Langkah lain adalah mengukuhkan kedudukan usahawan Bumiputera yang ketika ini lebih tertumpu peringkat domestik dan kontrak kerajaan.Peratusan usahawan Bumiputera terbabit didalam eksport adalah sangat kecil iaitu 1.6 peratus berbanding 20 peratus dikuasai mereka di peringkat pasaran tempatan.Padahal nilai pasaran perabot di peringkat global melebihi RM50 bilion.
Pelbagai cara mempertingkatkan industri perabot Malaysia dimana pameran perabot antarabangsa seperti Malaysia International Furniture Fair (MIFF),Export Furniture Exhibition (EFE),MATRADE dan AseanWood Woodtech Malaysia (Woodtech) di anjurkan di negara bagi membuka peluang di peringkat lebih luas dan berdaya saing di peringkat global.
Dengan peluang yang begitu besar dan menguntungkan,melalui Rancangan Malaysia ke-9 (RMK-9) usahawan bumiputera bakal dilahirkan oleh MARA menerusi Kementerian Pembanguna Usahawan dan Koperasi (MECD) serta Pusat Sumber Teknologi Perabot MARA (Fitec),pelbagai program telah dikenalpasti bagi melahirkan usawan Bumiputera yang mahir didalam pelbagai bidang dan bantuan kewangan bagi usahawan yang layak.
Berdasarkan faktor-faktor diatas,CHOSDESIGN menyahut seruan kerajaan dan pasaran global terutama bagi memenuhi permintaan pasaran didalam meningkatkan peratus usahawan Bumiputera. Malah menjadi salah satu usahawan Bumiputera yang membantu Industri perabot Malaysia terus maju dan berdaya saing.
CHOSDESIGN menjalankan perniagaan Eksport perabot didalam pasaran Malaysia,Eropah dan Timur Tengah,produk yang dipasarkan seperti set bilik tidur dan set tambahan dengan rekaan dan kualiti yang bertaraf global.
* Petikan dari Akhbar Berita Harian/Jumaat/12 Disember 2008,Bahagian Bisnes, mukasurat 42.
* Petikan dari Akhbar Harian Metro/Rabu/16 November 2008,Bahagian Bisnes, mukasurat 35.
* Petikan dari Malaysia Furniture 2007 Directory/Rabu/Edisi March 2008,Bahagian Editor, mukasurat 392.

No comments:

Post a Comment