Tip untuk Mengusaha Perniagaan Runcit |
Tip-tip ini diberikan oleh Y Bhg Dato' Ameer Ali Mydin, Pengarah Urusan Mydin Mohamed & Sons Sdn Bhd yang memiliki rantaian Emporium persendirian borong Mydin yang terbesar di Malaysia. Sebelum membuat keputusan untuk mengusahakan perniagaan runcit, pastikan;
|
Wednesday, October 14, 2009
Tips Perniagaan Perabot 6
Tips Perniagaan Perabot 3
10 Kesilapan Utama Dalam Perniagaan Kecil |
Kesilapan-kesilapan berikut merupakan kesilapan umum yang dilakukan oleh kebanyakan usahawan dan pemilik perniagaan kecil. Berhati-hatilah dengan kesilapan yang amat merbahaya ini…….. 1. Terlalu yakin dengan sesuatu idea dan taksub dengannya. 2. Tiada Pelan Pemasaran Pelan Pemasaran boleh memberikan perhatian yang anda perlukan kepada pihak sasaran. Ia menjadi daya tarik pelanggan terhadap anda! Terdapat lebih dari 25 cara untuk memasarkan perniagaan anda dengan kos yang rendah ataupun tanpa melibatkan sebarang kos. Perlaksanaan pelan pemasaran secara berkesan, cekap, konsisten dan penuh bergaya dapat menjimatkan kos panggilan. 3. Tidak mengenali pelanggan anda Perubahan pada citarasa pelanggan dan juga produk serta perkhidmatan persaing akan mempengaruhi perniagaan anda, kecuali jika anda kenal pelanggan secara dekat, tahu kehendak mereka pada masa kini dan masa hadapan, tahu corak pembelian mereka dan tahu bagaimana untuk membantu mereka walaupun anda tidak mempunyai produk atapun perkhidmatan tersebut. 4. Tidak peka dengan kedudukan aliran tunai syarikat Walaupun anda mempunyai produk yang paling terbaik, pelanggan mungkin tidak akan membelinya dalam tempoh waktu yang anda fikirkan. Oleh itu kedudukan aliran tunai yang mantap penting untuk menampung diri dan syarikat anda dalam tempoh tersebut. 5. Tidak peduli tentang kakitangan Salah satu cabaran yang paling sukar bagi seorang usahawan atau pemilik perniagaan ialah untuk memberi motivasi, bimbingan dan mengurus pekerja. Tanpa kesabaran, kesungguhan dan kemahiran, masalah tersebut akan menjadi lebih teruk. Moral dan produktiviti pekerja serta keuntungan syarikat boleh musnah dengan segera! 6. Keliru tentang kemungkinan dengan realiti Usahawan yang berjaya hidup di dalam dunia yang penuh dengan kemungkinan tetapi mereka berbelanja dalam dunia realiti. 7. Tiada pelan penjualan. Tanpa pelan penjualan, maka tidak ada cara untuk mengukur perkembangan kewangan dan kemajuan perniagaan anda. Anda memerlukan plan yang realistik untuk melihat dari mana, bagaimana, bila dan siapa yang membawa masuk jualan. 8. Penyendiri Anda mungkin tahu kesemunya tetapi anda tidak boleh melakukanya seorang diri dan berkembang pada masa yang sama. Anda perlukan kakitangan untuk mengagihkan tanggungjawab kepada mereka. 9. Tiada 'Mastermind' Anda perlukan satu lembaga penasihat ataupun seorang mentor! Bagi mereka yang memopunyai pernigaan yang kecil , ini mungkin ini tidak masuk akal. Lembaga penasihat ini mungkin terdiri dari anggota keluarga atau sahabat yang anda percayai.Jadikan mereka Ahli Lembaga Pengarah, kaji pelan dan keputusan perniagaan bersama mereka. Adalah sangat kritikal untuk mempunyai seseorang yang boleh memberikan idea dan pandangan yang objektif. 10. Berputus Asa Kebanyakkan usahawan yang berjaya pernah mengalami kegagalan. Oleh itu, sekiranya anda gagal, biarkan kegagalan itu. Bangun dan belajar dari kesilapan dan kegagalan lalu. Jangan berputus asa dan menderita. |
Monday, October 5, 2009
Tips Perniagaan Perabot 2
|
Tips Perniagaan Perabot 1
Sedang berfikir untuk menceburi bidang perniagaan …. Sila baca ini dahulu! |
by PUNB |
Artikel 'semua yang anda ingin tahu' ini merupakan satu editorial yang berfaedah yang memberi satu senarai 'sebelum anda bermula' yang baik. Senarai ini berguna untuk mereka yang serius untuk memulakan perniagaan sendiri. Memula dan mengurus perniagaan memerlukan motivasi, keinginan dan bakat. Ia juga memerlukan kajian dan perancangan yang rapi.Seperti permainan catur, kejayaan di dalam perniagaan bermula dengan langkah yang tegas dan tepat. Walaupun kesalahan yang dilakukan di peringkat permulaan berniagan tidak begitu menjejaskan perniagaan, tetapi ia memerlukan kemahiran, disiplin dan usaha gigih untuk mendapatkan semula peluang tersebut. Untuk berjaya, cari dan nilai matlamat perniagaan dan juga diri anda.Gunakan maklumat ini untuk merangka pelan perniagaan secara menyeluruh yang dapat membantu anda mencapai matlamat tersebut. Proses untuk merancang pelan perniagaan akan membantu anda untuk berfikir mengenai isu-isu penting yang belum anda pertimbangkan. Perancangan anda akan menjadi alat dan buku panduan yang berharga untuk anda berusaha mencari sumber pembiayaan.Ia juga berfungsi sebagai pengukur kejayaan perniagaan anda. 2. Menentukan perniagaan yang 'sesuai untuk anda'. Tanya diri anda : 3. Kenalpasti 'niche' perniagaan anda. Jalankan kajian yang perlu untuk menjawab soalan-soalan ini: 4. Buat senarai 'pra-perniagaan'.Anda perlu menjawab soalan-soalan ini: Jawapan ini akan membantu anda untuk membuat rancangan perniagaan lebih fokus dan menyeluruh yang boleh berfungsi sebagai 'blueprint'. Ia akan memberi butiran terperinci bagaimana peniagaan akan dijalankan dan diuruskan. Rancangan perniagaan merupakan asas penting untuk memulakan perniagaan. Setelah anda menyiapkan rancangan tersebut, semak dengan kawan dan rakan perniagaan. Apabila anda berpuas hati dengan isi dan strukturnya, buatlah temujanji dengan pegawai bank untuk semakan dan perbincangan lanjut. Rancangan perniagaan adalah dokumen fleksibel dan perlu berubah apabila perniagaan anda berkembang. |
Tips Perniagaan Perabot 4
Perniagaan Memerlukan Pemasaran |
Mengurus perniagaan memerlukan tahap kefahaman yang mencukupi. Tidak kira sama ada seseorang itu usahawan atau pengurus professional, kejayaan perniagaan yang diurusnya bergantung kepada tahap kefahamannya mengenai perniagaan. Satu perkara asas mengenai perniagaan yang perlu difahami ialah Kitaran Perniagaan. Dengan memahami Kitaran Perniagaan, kita dapat melihat bagaimana sesuatu perniagaan itu bergerak dan menjana aliran tunai. Dalam perniagaan, aliran tunai adalah perkara paling penting dan kedudukan aliran tunai yang sihat akan menjamin perkembangan dan pertumbuhan perniagaan. Secara ringkasnya Kitaran Perniagaan boleh ditunjukkan seperti Rajah 1 berikut: Rajah di atas menunjukkan bahawa perniagaan memerlukan modal wang untuk pembelian stok barangan atau bahan mentah yang mungkin perlu ditambah nilai melalui proses tertentu bagi menyediakan sesuatu produk atau keluaran. Bagi mendapat balik modal wang yang dibelanjakan, produk atau perkhidmatan yang dihasilkan perlu dijual di pasaran. Jika produk yang terhasil gagal dijual, kitaran perniagaan tidak akan lengkap dan ini menjejaskan aliran tunai perniagaan tersebut. Tanpa aliran tunai yang positif, perniagaan tidak mempunyai peluang untuk terus bertahan. Penjualan produk atau perkhidmatan adalah satu perkara penting bagi operasi perniagaan. Untuk memastikan jualan dapat dilaksanakan ditahap paling tinggi, kefahaman tentang pemasaran dikalangan usahawan atau pihak pengurusan amat perlu. Kita telah melihat banyak perniagaan gagal kerana kelemahan dari segi pemasaran. Ramai usahawan mampu menghasilkan produk atau perkhidmatan yang baik dan berkualiti tetapi perniagaan mereka masih gagal kerana tidak dapat memasarkan produk seperti diharapkan. Oleh itu, setiap rancangan perniagaan harus memberi penekanan kepada aspek pemasaran. Masih ramai yang memahami pemasaran sebagai hanya penjualan dan pengiklanan. Pemasaran sebenarnya adalah lebih dari itu. Kotler & Armstrong dalam Principles of Marketing menulis “Konsep pemasaran mengatakan bahawa pencapaian matlamat organisasi bergantung kepada usaha menentukan keperluan dan kehendak pasaran sasar dan memberi kepuasan yang dikehendaki dengan lebih efektif dan efisien daripada pesaing”. Konsep jualan berbeza dari konsep pemasaran di mana konsep jualan bermula dari kilang sementara konsep pemasaran bermula dengan pasaran. Perbezaan kedua konsep ini di tunjukkan seperti Rajah 2 berikut: Konsep jualan tidak sesuai dalam pasaran di mana pelanggan yang berkuasa. Oleh kerana pemasaran berkait dengan kepuasan pelanggan, ia melibatkan produk, pembungkusan, promosi, harga dan pasaran. Maka tumpuan keatas faktor-faktor ini penting untuk menghasilkan pemasaran bersepadu yang boleh meningkatkan jualan. Kombinasi produk yang baik, pembungkusan yang menarik serta harga yang kompetitif hanya akan berkesan sekiranya ia memenuhi kehendak pasaran sasar. Dalam keadaan pasaran yang semakin bersaing dan lebih terbuka, adalah wajar kaedah pemasaran memfokus kepada segmen pasaran dan produk diguna pakai. Syarikat perniagaan mungkin perlu mengenalpasti pasaran nich sebagai tumpuan. Memfokus kepada produk juga penting kerana apabila pasaran menjadi semakin besar, pengkhususan produk akan memberi kelebihan. Adalah lebih mudah memberi tumpuan kepada produk yang khusus daripada cuba mempelbagai produk dalam suasana pasaran yang luas. Dari masa kemasa, banyak perniagaan gagal apabila hilang fokus terhadap perniagaan asasnya. Pengkhususan produk akan memastikan kualiti yang tinggi. Namun begitu, dalam keadaan di mana teknologi semakin memudahkan proses-proses pembuatan, kualiti produk yang tinggi mudah ditandingi oleh para pesaing. Oleh itu, kualiti yang tinggi harus pula ditawarkan pada harga yang lebih rendah dari pesaing. Satu lagi aspek pemasaran yang harus diberi perhatian kini ialah konsep jenama (brand). Ada jenama yang besar dan terkenal diseluruh dunia dan ada juga jenama-jenama kecil yang khusus dan bertumpu kepada pasaran tertentu. Bagi perniagaan yang sukar menandingi jenama besar, strategi yang sesuai ialah membina jenama khusus untuk pasaran tertentu. Pemasaran adalah penting untuk pertumbuhan perniagaan. Perniagaan yang tidak memberi tumpuan kepada pemasaran akan gagal dalam jangka terdekat kerana jualan akan terjejas dan kitaran perniagaan juga akan terjejas. Untuk memastikan pemasaran lebih berkesan, pengurusan tertinggi syarikat hendaklah melibatkan diri secara langsung dalam proses pemasaran. Pemasaran adalah terlalu penting untuk diserahkan hanya kepada pengurus pemasaran dan jabatan pemasaran. Ketua-ketua eksekutif syarikat mesti memahami konsep pemasaran secara mendalam di samping memahami bidang kewangan, pengeluaran, pengurusan dan sebagainya. |