Sunday, September 26, 2010
Saturday, September 25, 2010
Friday, September 24, 2010
KABINET NUSANTARA ENTERPRISE-Encik Mohd Suhaimi
Menurut Pengurus Kabinet Nusantara Enterprise tersebut, Encik Mohd Suhaimi bin Ngadi, beliau baru membuka perniagaannya 3 tahun yang lepas dan berkat ketabahan dan kesungguhannya serta keluarga, alhamdulilah perusahannya mendatangkan hasil yang memuaskan bagi menyara kehidupannya sekeluarga.
Syarikatnya yang menerima berbagai bentuk tempahan perabut samaada dari kilang, sekolah, pejabat dan orang perseorangan juga memberi tumpuan khusus kepada pembinaan kabinet dapur serta kerja-kerja renovasi.
Encik Suhaimi yang telah berjaya mencorak langkah yang baik dan sepatutnya menjadi contoh tauladan anak-anak muda khususnya di kampung untuk berdikari dan berusaha gigih dalam bidang perusahaan kecil-kecilan pada permulaannya dan mungkin ke tahap antarabangsa jika di izinkan Allah.
Sesiapa yang berminat untuk menempah perabut atau kabinet dapur dengan harga yang cukup berpatutan, bolehlah menghubungi Encik Suhaimi di alamat berikut :
KABINET NUSANTARA ENTERPRISE
33 JALAN CEMPEDAK
BUKIT KERAYONG 2
Monday, September 6, 2010
Perabot terpakai Pasir Mas -Encik Ramley
Remley hanya ambil untung 10 peratus hasil jualan perabot lama yang dibawa dari Singapura.
BARANGAN bundle atau terpakai sangat popular di Kelantan. Bagaimanapun, setiap kali perkataan terpakai dilafazkan, hanya gambaran pakaian lama yang dilambakkan atau bergantungan pada penyangkut baju yang terbayang dalam fikiran.
Tetapi tahukah anda, istilah terpakai itu juga boleh ditemukan dalam bentuk perabot di Negeri Cik Siti Wan Kembang itu?
“Perabot yang ada di sini termasuklah set bilik tidur seperti katil dan almari baju, set sofa, alat dan perkakasan pejabat serta perhiasan rumah yang lain.
“Kami juga menjual pintu terpakai,” jelas Pengarah Remley Enterprise Sdn. Bhd., Remley Mohd. Nor, 47.
Melihat lot kedai berupa gudang yang dikelilingi lori serta treler itu, tidak mustahil ramai akan menyangka ia sebuah woksyop.
Malah, didahului dengan kepingan pintu kayu pelbagai corak dan bentuk bersandar pada dinding bangunan utamanya, mungkin ada yang memikirkan ia sebuah kilang menghasilkan pintu kayu.
Namun, seraya melangkah masuk ke lot itu, orang ramai dihidangkan dengan pemandangan perabot sejauh pandangan mata. Ia umpama sebuah gudang yang besar.
Membelek perabot-perabot yang ada, ternyata kebanyakannya masih dalam keadaan baik dan terjaga.
Set sofa putih yang diperbuat daripada rotan menarik perhatian kami. Bukan saja masih kukuh, ia dicat semula menjadikannya kelihatan seperti perabot baru.
Almari tempat menyimpan peti televisyen yang diperbuat daripada kayu cengal juga menonjolkan sifat tegapnya. Walaupun kelihatan agak lama, kualitinya tetap jelas di pandangan.
Tidak kurang menariknya barangan antik, daripada katil bertiang sehinggalah kepada jam ‘datuk’ binaan kayu berukir. Almari lama yang memiliki bentuk dan nob pintu yang signifikan juga tampak asli.
“Barang-barang yang ada di sini adalah yang terpilih. Kami memastikan keadaannya cukup baik untuk dijual semula.
“Jika ada yang memerlukan pembaikian, kami usahakan sendiri. Kami mempunyai tukang kami sendiri,” jelas Remley yang berasal dari Tok Uban, Kelantan.
Katanya, jika barangan terpakai itu terlalu teruk keadaannya, beliau sendiri tidak akan mengambilnya.
Menurut Remley, barangan tersebut diimport dari Singapura. Malah, katanya, perniagaan itu dimulakan hasil pemerhatiannya sewaktu berulang alik dari Singapura ke Johor.
“Perniagaan teras syarikat ini ialah pengangkutan kargo. Jadi kami memiliki treler kontena, lori tiga tan dan satu tan yang berulang alik dari Johor dan Singapura.
“Di antara masa itu kami menemukan peluang untuk mengusahakan perniagaan ini,” katanya sambil menambah beliau bermula sebagai seorang pemandu lori jarak jauh.
Lori kecil satu tan digunakan untuk mengangkut barangan bundle daripada kualiti terbaik, manakala lori tiga tan dan ke atas untuk membawa masuk barangan yang kualitinya masih dalam keadaan baik tetapi memerlukan pembaikian.
Remley menerangkan, beliau hanya mengambil untung 10 peratus daripada harga barang yang dijual.
“Kami menghantar barangan ini ke seluruh negara. Kebanyakan mereka (pelanggan) adalah anak-anak Kelantan yang tinggal di negeri lain dan pulang ke kampung halaman pada musim cuti.
Razani Aluminium & Perabot-Encik Razani Bin Ramli
Pengusaha Kilang Perabot & Aluminium
Tanggal 25 Ogos 1966, di hening subuh yang sunyi lahirlah seorang bayi lelaki
yang comel dari pasangan Raunah Che Ismail dan Ramli Salleh. Di saat kelahiran,
timbul sedikit masalah di mana bayi berada dalam keadaan songsang. Namun
akhirnya bayi dapat dilahirkan juga dengan selamat dan sihat. Pasangan tersebut
telah menamakan bayi mereka dengan nama Razani yang dilahirkan sempurna sifat
fizikalnya.
Betapa gembiranya hati seorang ibu yang telah selamat melahirkan anak yang
kelima. Seperti juga anak-anak lain Razani dibesarkan dengan penuh kasih sayang
walaupun mereka bukan dalam golongan orang berada.
Namun semasa Razani berumur tiga tahun, beliau masih lagi tidak dapat menyebut
sepatah perkataan yang lazimnya dapat disebut oleh kanak-kanak lain yang sebaya
dengannya. Beliau juga tidak boleh mendengar. Hal ini menimbulkan tanda tanya
Ibu dan ayah yang mulai bimbang dengan keadaan anak mereka, Razani dibawa ke
hospital untuk diperiksa dan doktor mengesahkan beliau mengalami sedikit
kecacatan iaitu tidak boleh mendengar dan bercakap. Betapa hibanya hati seorang
ibu yang mengandungkannya sembilan bulan sepuluh hari setelah mengetahui hal
tersebut, namun hakikat ini harus diterima dengan hati yang tabah dan
bersyukur. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa dan mengasihi hambanya yang sabar.
Insan mana yang tidak ingin melihat anaknya sempurna dan insan mana yang tidak
mahu melihat anaknya gembira dan lihat seperti kanak-kanak normal yang lain?
Walaupun dengan sedikit kecacatan tidak bermakna beliau tidak diberikan kasih
sayang seperti adik-beradik yang lain, malah beliau diberi lebih perhatian oleh
ayah dan ibu serta saudara mara tercinta kerana beliau dikategorikan dalam
kanak-kanak yang istimewa.
Semasa berumur tujuh tahun, Razani dihantar ke sekolah Kebangsaan Wakaf Mek
Zainab untuk mendapat pendidikan akademik seperti kawan-kawannya yang lain.
Beliau terpaksa bergaul dengan kanak-kanak normal kepada ibu dan bapanya tidak
dapat mengesan sekolah pendidkan khas, selang beberapa bulan kemudian barulah
Razani ditempatkan dengan kanak-kanak khas di sekolah yang sama. Sememangnya
sukar untuk beliau menguasai mata pelajaran yang diajar oleh guru dan agak
sukar juga untuk beliau membaca dan menulis. Beliau terpaksa meluangkan masa
yang lama untuk tujuan tersebut.
Di usia remaja beliau merupakan seorang yang agak agresif dan nakal. Suka
mengganggu kawan-kawan dan suka bergaduh. Namun ketika beliau berumur dalam
lingkungan dua belas tahun, beliau mula belajar solat dan ilmu agama daripada
ibunya. Beliau juga banyak menerima didikan agama daripada kedua orangnya. Pada
peringkat menengah pula beliau telah dihantar ke Sekolah Pendidikan Khas
Tanjung Bunga Pulau Pinang untuk menimba ilmu pengetahuan ke peringkat yang
lebih tinggi. Di sana beliau dikejutkan dengan budaya dan suasana komunikasi
yang agak berbeza. Beliau dapati banyak bahasa isyarat yang mereka gunakan
berbeza dengan bahasa isyarat yang biasa beliau gunakan. Walaubagaimanapun
beliau cuba untuk memahami dan mengambil kesempatan untuk mempelajarinya
daripada mereka. Dalam tempoh tersebut juga beliau banyak menimba pengalaman
dan pengetahuan samada dalam bidang akademik dan pertukangan. Setelah tamat
tempoh empat tahun di sana, beliau balik semula ke Kelantan.
Pada usia 18 tahun, Razani memulakan karier dengan menolong ayahnya menguruskan
kilang tembakau, Sesunggunya sejak kanak-kanak lagi kehidupan keluarga beliau
agak susah dan bapa beliau terpaksa membuat apa saja pekerjaan untuk menampung
keluarga seramai enam orang. Pada tahun 1989 keluarga beliau telah menubuhkan
sebuah kilang perabut dan ingin menyerahkan kepada beliau untuk meguruskannya
namun ditolak kerana alasan yang diberikan beliau tidak cukup pengalaman dan
tidak begitu yakin dengan kebolehannya. Jadi beliau memilih untuk bekerja
sahaja sebagai tukang perabut mulai tahun 1990 di kilang perabut milik
keluarganya yang terletak di Bachok. Dengan cara ini beliau dapat
mempertingkatkan lagi pengetahuan dan pengalaman dalam bidang tersebut. Di sana
jugalah beliau bertemu dengan Azura Mustapha, isterinya yang tercinta. Mereka
mendirikan rumahtangga pada tahun 1993 dan mempunyai 5 orang cahaya mata.
Setelah yakin dengan kebolehannya beliau berhasrat untuk membuka kilang perabut
sendiri berdasarkan pengalaman 15 tahun yang lalu. Pada awalnya ibu dan ayah
tidak yakin dengan kebolehan beliau menguruskan kilang perabut sendiri dan
tidak mendapat sokongan daripada keluarga. Namun berkat usaha dan keyakinan
yang ada dalam diri beliau akhirnya Raza Furniture telah berjaya ditubuhkan
pada tahun 2001, Dengan cara ini beliau dapat buktikan bahawa orang pekak juga
mampu berdikari dan mampu bersaing dengan warga normal. Di samping itu, beliau
juga berhasrat membantu kawan-kawan yang senasib dengannya dengan menyediakan
peluang pekerjaan. Sehingga sekarang sebilangan besar dari pekerjanya terdiri
daripada orang pekak.
Semasa menguruskan perniagaan banyak juga cabaran yang terpaksa beliau hadapi
termasuklah masalah modal tidak mencukupi, masalah komunikasi dan sebagainya.
Walaubagaimanapun berkat usaha gigih beliau di samping mendapat sokongan
daripada keluarga dan rakan-rakan masalah tersebut dapat diatasi. Dengan
kebolehen menguruskan perniagaan sendiri beliau bersaing dan berjaya membuka
mata masyarakat bahawa orang pekak boleh maju.
Sesungguhnya beliau merupakan seorang yang berpandangan jauh ke depan dan
sentiasa memikirkan kemajuan diri. Sehinggalah tercetus idea beliau untuk
membuka kilang aluminium yang akan bergabung dengan perabut atas nama Sendirian
Berhad. Dengan cara ini beliau dapat membesarkan lagi perniagaan yang dirasakan
tidak cukup untuk bergelar usahawan yang berjaya. Dengan sokongan Keluarga dan
kawan-kawan beliau berjaya menubuhkan Syarikat Razani Capital & Resources (M)
Sdn Bhd yang beroperasi di Kampung Tapang pada awal Mei 2003. Dengan ini
memberi peluang kepada beliau menimba lebih banyak pengalaman dan melangkah
lebih jauh lagi dalam dunia perniagaan. Di samping itu dapat menyediakan lebih
banyak peluang pekerjaan kepada orang pekak.
Selain dari menguruskan kilang, beliau juga aktif bersukan. Salah satu sukan
yang sangat diminatinya ialah sukan tenpin boling dan bola sepak. Pada masa
lapang beliau selalu menghabiskan masa di Perdana Superbowl atau di padang bola
sepak bersama kawan-kawan yang lain. Razani juga memikul tanggungjawab sebagai
Presiden Persatuan Orang Cacat Pendengaran Negeri Kelantan sejak ia ditubuhkan
pada tahun 1996 sehingga sekarang dan selaku Bendahari Persekutuan Orang Pekak
Malaysia bagi sesi 2002 hingga 2004. Begitu banyak jasa beliau dalam
membangunkan persatuan dan menjaga kebajikan orang yang senasib dengannya.
Sesungguhnya beliau tidak mengharapkan apa-apa balasan dan hanya menjalankan
tanggungjawab dengan jujur dan ikhlas.
Kini segala usaha beliau telah banyak membuahkan hasil, alhamdulillah. Dengan
usaha dan kegigihan yang tidak kenal putus asa tidak mustahil suatu hari nanti
Razani akan tampil ke depan sebagai usahawan yang berjaya. Insyallah. (Sumber:
Cik Noor Haseken P Rameli)
Sunday, September 5, 2010
Khazali Perabot-Encik Khazali
Khazali usahawan perabot
Khazali usahawan perabotOleh SHAH NIZAM OMARshahnizam.omar@kosmo.com.my
KHAZALI YAHYA
DIA pernah berhenti sekolah beberapa kali akibat kesusahan yangdialami keluarga. Pengalamannya membanting tulang empat kerat demimengusahakan sawah padi milik ibu bapanya ketika rakan sebaya yang lainbersekolah tidak pernah disesali.
Memandangkan dirinya tidak berpelajaran tinggi dan hanya tamattingkatan tiga di Sekolah Menengah Agama Sungai Limau, Yan, Kedah, padasuatu hari seorang kenalan bapanya dari Alor Setar datang ke rumahuntuk membawanya bekerja.
Riak gembira terpancar pada wajah Khazali Yahya kerana dia tahukedatangan kenalan bapanya itu, Pak Omar umpama pembuka rezeki buatdirinya. Azamnya hanya satu iaitu mahu mengubah nasib diri dan keluarga.
Khazali kemudian gigih mempelajari selok-belok pembuatan perabotbersama Pak Omar selama dua tahun sebelum berubah angin bekerja disebuah kilang di Guar Cempedak selama 10 tahun. Semua itu akhirnyamenjadi titik tolak kepadanya untuk membuka sebuah bengkel perabotsendiri dengan nama Khazali Perabot.
Dengan modal permulaan sebanyak RM6,000, pemilik Khazali Perabot,Khazali, 58, boleh berbangga dengan pencapaiannya sekarang setelahmenghambakan diri dalam industri perabot selama 23 tahun. Pendapatannyakini mencecah RM1 juta setahun.
Bagaimanapun, Khazali mengakui untuk membina nama dalam industriperabot dan perkayuan bukanlah mudah. Dia mengusahakan perniagaansecara kecil-kecilan bersama isteri tanpa sebarang bantuan.
"Ketika itu, dengan berbekalkan mesin pemotong kayu, saya danisteri, Rosnah Abdul Razak, 54, bekerja siang dan malam demi meneruskankehidupan untuk membesarkan lima orang anak.
"Tempahan yang diterima juga amat terhad kerana masih belummempunyai pelanggan dari luar dan hanya mengharapkan penduduk kampung,"katanya.
Berkat kerja keras Khazali, akhirnya pada tahun 1991, namanya muladikenali terutama dalam kalangan penduduk negeri-negeri di utaraSemenanjung Malaysia seperti Perak, Pulau Pinang dan Perlis.
SET perabot dapur dan almari yang dihasilkan syarikat Khazali Perabot di Sungai Limau, Yan, Kedah.
Bantuan agensi kerajaan
Namun begitu, kejayaannya dalam bidang tersebut turut disumbang oleh tunjuk ajar dan bantuan agensi-agensi kerajaan berkaitan.
"Saya pernah mengikuti kursus-kursus anjuran Majlis Amanah Rakyat(Mara) dan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) di bawahKementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi. Ia banyak memberikhidmat nasihat, selain membuat promosi di ekspo-ekspo besar dalamnegara dan pemberian bantuan kewangan.
"Saya rasa sangat bersyukur dan berterima kasih di atas sokonganyang diberikan oleh MTIB. Tanpa pertolongan mereka, saya tidak mampuuntuk sampai ke peringkat yang lebih tinggi," katanya.
Khazali kini menggaji 20 orang pekerja dan beroperasi di KampungKabu 10, Sungai Limau Dalam, Yan. Dia berhasrat untuk menjadikankesemua pekerjanya sebagai usahawan sama sepertinya.
"Sampai bila nak bekerja makan gaji? Saya rasa semua pekerja diKhazali Perabot mampu pergi jauh. Malah ada antaranya telah pun berjayamembuka bengkel perabot sendiri," jelasnya.
Menyentuh kelebihan yang ada pada Khazali Perabot, katanya, kesemuaperabot di situ dibuat mengikut kreativiti sendiri dan paling pentingia mengikut peredaran zaman.
Jelas Khazali lagi, syarikat yang diusahakannya itu membuat perabot berdasarkan tempahan pelanggan.
Biasanya, pelanggan-pelanggan yang ingin membuat tempahan akandatang sendiri ke ruang pameran sebelum perbincangan mengenai harga dansebagainya dibuat bersama-sama.
Khazali juga akan menghantar kakitangan untuk mengukurbahagian-bahagian rumah seperti yang telah dibincangkan. Setelah siap,syarikat akan menghantar serta memasangnya.
Antara jenis perabot yang dihasilkan ialah almari baju, kabinet dapur, almari perhiasan dan rak-rak serbaguna.
Orang ramai yang ingin membuat tempahan bolehlah menghubungi Khazali di talian 012-4310685 atau faks ke 04-4255639.
Jelajah industri kayu
Dalam perkembangan lain, MTIB telah menganjurkan lawatan pertamakali ke Kedah dengan membawa 32 orang yang terdiri daripada kakitanganMTIB, pihak bank dan pengamal media. Ia bertujuan memperkenalkanindustri perkayuan negara yang boleh diketengahkan ke peringkat yanglebih tinggi.
Pengarah Perancangan Strategik dan Hal Ehwal Korporat MTIB, NoorLaila Mohamed Halip berkata, lawatan itu diadakan untuk menyampaikanmaklumat terkini tentang kemajuan dan prestasi kepelbagaian produkkayu.
DUA pekerja kilang Khazali sedang menyiapkan perabot yang ditempah khas oleh pelanggan.
"Kali ini MTIB memilih Kedah kerana ia mempunyai ramai usahawandalam bidang perkayuan," katanya ketika ditemui pada Lawatan MengenalIndustri Perkayuan dan Mini Treasure Hunt MTIB bersama wakil media daninstitusi kewangan.
Noor Laila turut menyatakan pihaknya menyumbang sebanyak RM40,000kepada Khazali Perabot dalam bentuk geran yang diberikan di bawah PakejRangsangan Ekonomi Kedua.
"Biasanya ada dua jenis bantuan yang akan diberikan iaitu dalambentuk bahan mentah dan mesin. Bagaimanapun, apa juga jenis bantuanyang diberikan dalam bentuk wang, ia tidak dinamakan atas nama pemiliksyarikat, tetapi akan diberikan kepada pembekal bahan-bahan yang dibelioleh syarikat itu," katanya.
Dalam lawatan selama tiga hari bermula 27 hingga 30 Oktober lalu,peserta berpeluang melawat beberapa kilang kayu serta perabot di serataKedah termasuklah Malaysia Wood Industri Sdn. Bhd. (Sungai Petani),Khazali Perabot (Yan) dan NHL Indah Enterprise di Kodiang.
kosmo


