Nuffnang

Sunday, November 1, 2009

BUKU PERNIAGAAN-Formula Menjadi Usahawan Berjaya


Buku ini memberi panduan kepada usahawan bagaimana mengaut untung apabila berniaga dan cara mengelakkan rugi. Antara perkara menarik yang dibincangkan di dalam buku ini seperti apa itu risiko perniagaan dan jenisnya, bagaimana produk unik menarik dan mengikat hati pelanggan dan banyak lagi. Buku ini adalah panduan bagi sesiapa sahaja yang berminat dan mahu menjadi usahawan berjaya.

Prakata

Bahagian 1
Kerjaya Usahawan: Tak Kenal, Maka Tak Cinta
Pengenalan
Kelebihan Menjadi Usahawan
Mengapa Usahawan Gagal?
Apa Itu Risiko Berniaga?
Jenis Perniagaan dan Risikonya
Mengawal dari Dalam: Apa Pentingnya?
Untung dan Rugi

Bahagian 2: Produk dan Pembungkusan
Pengenalan
Sama Tetapi Tidak Serupa
Produk Berkualiti, Bungkusan Menarik
Produk Mesra Pelanggan
Buat Produk dengan Ikhlas dan Jujur
Suci dalam Debu
Cipta Produk Unik

Bahagian 3: Sedia Berkhidmat
Pengenalan
Maaf! Saya yang Silap
Sukatan dan Timbangan
Mesra Pelanggan
Khidmat yang Menjauhkan Pelanggan
Khidmat Cemerlang, Pelanggan Setia
Cara Khidmat Tidak Profesional
Nilai Tambahan Menarik Pelanggan
Sumpah Bohong bagi Menarik Pelanggan

Bahagian 4: Pekerja…oh! Pekerja
Pengenalan
Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi
Bos OK, Pekerja KO
Belajar daripada Pekerja
Pekerja Bukan Hamba
Pekerja Sering Bertukar Ganti
Perniagaan dalam Perniagaan
Kebajikan Dijaga, Pekerja Setia
Menangani Pekerja Bermasalah

Bahagian 5: Bagaimana Mencari Pasaran?
Pengenalan
Inisiatif Mendekati Pelanggan
Tidak Kena Caranya, Binasa
Mengiklan Cara Tradisional
Iklan Melalui Internet
Anjurkan Rumah Terbuka
Buah Mulut
Daripada Masyarakat kepada Masyarakat

Bahagian 6: Pelanggan Setia? Begini Caranya…
Pengenalan
Pelanggan Adalah Raja
Kreativiti Tarik Pelanggan
Jaga Hubungan Baik dengan Pelanggan
Hargai Pandangan Pelanggan

Bahagian 7:Bagaimana Mengurus Akaun?
Pengenalan
Salah Persepsi Pada Akaun Perniagaan
Akaun Perniagaan Penting bagi Usahawan
Untung? Rugi?
Catat Pembayaran dan Penerimaan
Dokumen Asas Elak Rugi
Sistem Memberi Kredit
Memungut Hutang Cara Berhemah
Kemas Kini Buku Tunai, Elak Cek Tendang
Penyata Penyesuaian Bank Kesan Tindakan Seleweng
Penyata Kutipan Tingkat Kutipan
Berpecah Kongsi

Bahagian 8: Bagaimana Mengurus Stok?
Pengenalan
Barang Diterima Tidak Diperiksa
Rekod Keluar Masuk Stok
Urus Stok dengan EPOS

Bahagian 9: Sikap Usahawan, Faktor Berjaya
Pengenalan
Cari Duit Ataupun Cari Rezeki?
Hasad Dengki Bawa Mudarat
Semakin Berisi Semakin Mendongak
Peniaga Ibarat Ketam
Sanggup Berubah Supaya Berjaya
Orang Tamak Selalu Rugi
Usahawan Bukan Superman
Bersifat Ihsan Apabila Berniaga
Biar Papa, Asal Bergaya
Sediakan Payung Sebelum Hujan
Berfikiran Glokal
Ambil Peluang daripada Keadaan Mendesak
Tunggu… Tunggu dan Tunggu
Bibliografi

Buku ini berkisarkan bagaimana usahawan dapat mengaut untung dan pada masa yang sama mengelak rugi. Sebagaimana yang diketahui, untung penting pada usahawan bagi memastikan perniagaan yang dijalankan adalah berdaya saing dan kekal utuh mengharungi gelombang persaingan. Sebaliknya, rugi yang berterusan, apabila dibiarkan dapat membuatkan usahawan ‘gulung tikar’. Dalam usaha mengaut untung dan mengelak rugi, usahawan sebaik-baiknya ada pengetahuan, membuat rancangan dan menganalisis pelbagai aspek. Pelibatan kami ketika mengendalikan bengkel sistem akaun berkomputer untuk usahawan bumiputera, mendedahkan kami kepada ruang-ruang menambah baik yang masih dapat diisi oleh usahawan bagi menjayakan perniagaan mereka. Penulis mengadunkan maklumat yang diperoleh daripada para usahawan, pengalaman sendiri dan rakan-rakan sebagai pelanggan, sedikit usaha menggali ilmu daripada kitab Quran serta hadis Nabi Muhammad dan dipersembahkan dalam bentuk penulisan, dengan harapan ia dapat menjadi panduan berguna untuk rakan-rakan usahawan.

BUKU PERNIAGAAN-Mengapa Bisnes Gulung Tikar


Buku ini mengupas 44 kesilapan lazim yang dilakukan dalam urusan bisnes harian. Kesilapan-kesilapan ini dikategorikan kepada tiga punca utama iaitu kesilapan daripada diri sendiri, kesilapan merancang dan kesilapan dalam pemasaran. Turut diselitkan cara-cara mengatasinya dengan efektif. Anda berpeluang menjadi usahawan yang berjaya sekiranya mengetahui punca-punca bisnes gagal . Pengetahuan awal ini boleh dijadikan pencetus motivasi dan cabaran mendepani ‘sepak terajang’ dunia bisnes.

Prakata
Bahagian 1 : Kesilapan pada Diri
Kesilapan 1: Tidak Mengenal Potensi Diri
Kesilapan 2: Tidak Kenal Dunia Bisnes
Kesilapan 3: Sikap yang Menghalang Kejayaan
Kesilapan 4: Tidak Mengambil Pengajaran daripada Kesilapan
Kesilapan 5: Tiada Kemahiran Komunikasi

Bahagian 2 : Kesilapan dalam Perancangan
Kesilapan 6: Matlamat Bisnes Tidak Jelas
Kesilapan 7: Tiada Pelan Jangka Panjang
Kesilapan 8: Tiada Modal Pendahuluan
Kesilapan 9: Tidak Tahu Membuat Anggaran Perbelanjaan
Kesilapan 10: Tidak Mengurus Perbelanjaan Syarikat
Kesilapan 11: Konsep Bisnes yang Kabur
Kesilapan 12: Tidak Mengkaji Pasaran
Kesilapan 13: Gagal Mengurus Masa
Kesilapan 14: Tidak Merancang Jadual Kerja
Kesilapan 15: Salah Memilih Nama Syarikat
Kesilapan 16: Salah Memilih Lokasi Bisnes
Kesilapan 17: Organisasi Tidak Terurus
Kesilapan 18: Mengambil Pekerja yang Salah
Kesilapan 19: Tidak Mengambil Berat Hal Pekerja
Kesilapan 20: Terlalu Bergantung pada Kebolehan Individu
Kesilapan 21: Tidak Peka pada Perkembangan Teknologi

Bahagian 3 : Kesilapan dalam Pemasaran
Kesilapan 22: Pemasaran Tanpa Profil Syarikat
Kesilapan 23: Tidak Kreatif Menjana Idea
Kesilapan 24: Tiada Pelan Pemasaran
Kesilapan 25: Tiada Networking
Kesilapan 26: Kad Nama Tidak Memperkenalkan Bisnes
Kesilapan 27: Salah Tafsir Nilai Produk
Kesilapan 28: Tiada Penjenamaan
Kesilapan 29: Tidak Tahu Pelanggan Sasaran
Kesilapan 30: Mutu Khidmat Pelanggan yang Rendah
Kesilapan 31: Mengabaikan Khidmat Selepas Jualan
Kesilapan 32: Tidak Fokus pada Pelanggan Sedia Ada
Kesilapan 33: Tidak Mahir Seni Berunding
Kesilapan 34: Gagal Menarik Perhatian Pelanggan
Kesilapan 35: Tidak Tahu Teknik Jualan yang Berkesan
Kesilapan 36: Tidak Peka kehendak Pengguna
Kesilapan 37: Kesilapan dalam Membuat Iklan
Kesilapan 38: Iklan Tidak Sampai kepada Matlamat
Kesilapan 39: Menganggap Semua Pengguna Internet sebagai Pelanggan
Kesilapan 40: Tiada Blog Perniagaan
Kesilapan 41: Semasa Stok Berlebihan
Kesilapan 42: Berdepan Persaingan Sengit
Kesilapan 43: Membersihkan Imej yang Tercalar
Kesilapan 44: Berhadapan dengan halangan Bisnes
Bibliografi
Indeks
Biodata Pengarang

Mana-mana bisnes hanya berjaya apabila ia diasaskan daripada perspektif usahawan. Bisnes yang berjaya adalah bisnes yang dicipta mengikut realiti dunia bisnes, bukan kerana pemilik bisnes itu. Dengan kata lain, bisnes yang berjaya tidak dibina oleh orang yang luar biasa, tetapi ia dibina oleh orang yang membuat perkara luar biasa.

Semua orang boleh jadi usahawan yang terbilang, anda cuma perlu tahu bagaimana caranya. Ikuti langkah demi langkah yang terkandung dalam buku ini dan anda pasti berjaya sebagai usahawan.

Sesuai bagi usahawan dan individu yang bercita-cita menceburi bisnes supaya kesilapan-kesilapan lazim ini dapat dielakkan seterusnya berjaya dalam bisnes.

PTS Publications & Distributors Sdn Bhd © 2005 - 2009
No 12 & 12A, Jalan DBP, Dolomite Business Park,
68100 Batu Caves, Selangor, MALAYSIA
Tel : +603 6188 0316 | Fax: +603 6189 0316 | E-mail : sales@pts.com.my






http://pts.com.my/index.php/buku/mengapa_bisnes_gulung_tikar/



Wednesday, October 14, 2009

Tips Perniagaan Perabot 6

Tip untuk Mengusaha Perniagaan Runcit

Tip-tip ini diberikan oleh Y Bhg Dato' Ameer Ali Mydin, Pengarah Urusan Mydin Mohamed & Sons Sdn Bhd yang memiliki rantaian Emporium persendirian borong Mydin yang terbesar di Malaysia.

Sebelum membuat keputusan untuk mengusahakan perniagaan runcit, pastikan;

  • Anda belajar selok-belok perniagaan ini dari mereka menjalankan perniagaan yang sama.
  • Anda belajar tentang asas-asas perniagaan bagi membolehkan anda mendapat pengetahuan secukupnya dalam setiap sudut perniagaan ini.
  • Anda perlu belajar daripada pengalaman orang lain dari terus kekal dengan idea sendiri kerana mungkin idea tersebut tidak semestinya praktikal.
  • Seseorang usahawan itu mesti 'hands-on' dalam mengusahakan perniagaan.
  • Jangan terlebih atau terkurang dalam membayar gaji kakitangan anda.Bayarlah gaji mereka mengikut kadar yang berpatutan.
  • Apabila anda membuat keputusan untuk terlibat dalam perniagaan, lakukan dengan betul dan berdisplin serta penuh komitmen.Usahalah perniagaan anda dengan sepenuh hati.
  • Beri sepenuh tumpuan dalam perniagaan. Jangan mempelbagaikan perniagaan ke bidang lain menggunakan wang dari perniagaan yang sedia ada. Elakkan dari perkara penting ini.
  • Dalam perniagaan, jangan bersikap terlalu baik hati. Dalam kehidupan, anda tidak boleh terlalu baik dengan orang lain.
  • Anda perlu prihatin terhadap kos.Jangan membelanjakan wang hasil kerja keras anda ke atas perkara-perkara yang tidak berfaeadah.
  • Jangan campur-aduk perbelanjaan perniagaan dengan perbelanjaan peribadi.
  • Anda perlu menunjukkan kepada kakitangan anda yang anda faham dan tahu serba serbi tentang perniagaan anda. Ini menjadikan mereka tidak berani berbohong atau menipu anda.
  • Usahalah perniagaan yang membezakan anda dari orang lain yang terlibat dalam perniagaan yang sama. Jadikan perniagaan anda sesuatu yang istimewa dan unik untuk berbeza anda dari orang lain.
  • Jangan jalankan perniagaan dalam premis milik anda yang boleh di sewa dengan kadar yang tinggi. Sebaliknya carilah premis yang lebih murah yang bersesuaian dengan dengan bajet anda.
  • Apabila menyewa , rancang dan buatlah bajet yang betul bagi memastikan kadar sewa premis mengikut bajet anda. Jangan menyewa di tempat yang mahal walaupun ianya merupakan tempat yang stragetik.
  • Sebelum mencari lokasi perniagaan anda, buatlah perancangan, sediakan bajet dan aliran wang tunai, dapatkan pengesahan-pengesahan yang perlu (seperti pinjaman bank, lesen-lesen), sebutharga dan lain-lain perkara terlebih dahulu. Lokasi yang baik tidak akan menunggu anda.
  • Rancanglah perkara-perkara diluar jangkaan anda.Mengikut hukum Murphy, banyak perkara boleh berlaku secara tidak dijangka, hanya anda cuma perlu bersedia untuk menghadapinya.
  • Ambil insuran untuk melindungi stok, mesin pembayar (cash register), tunai runcit, komputer, sistem amaran dan apa-apa yang perlu diinsurankan.
  • Sentiasa berwaspada dengan risiko perniagaan seperti cap dagangan, bomba, bandaraya dan isu-isu pasar malam.
  • Tiada salahnya jika anda menjalankan perniagaan bersebelahan dengan pesaing anda sekiranya anda tahu kekuatan diri anda dan kelemahan pesaing anda.
  • Dalam perniagaan, berhati-hati dengan nisbah keumpilan. Nisbah keumpilan penting kerana pinjaman mempunyai kadar bunga. Jangan gunakan aliran tunai dari pinjaman bank.Simpanlah untuk kegunaan masa hadapan.
  • Anda perlu berhati-hati dan bertanggungjawab terhadap diri anda.
  • Amalkan etika perniagaan yang baik.Ia akan menjadi contoh kepada orang lain dan ia akan mempermudahkan
    kawalan dan pemantauan ke atas perniagaan anda.

Tips Perniagaan Perabot 3

10 Kesilapan Utama Dalam Perniagaan Kecil

Kesilapan-kesilapan berikut merupakan kesilapan umum yang dilakukan oleh kebanyakan usahawan dan pemilik perniagaan kecil. Berhati-hatilah dengan kesilapan yang amat merbahaya ini……..

1. Terlalu yakin dengan sesuatu idea dan taksub dengannya.

Jangan terlalu yakin dengan satu idea sahaja. Ingat, idea adalah matawang kepada usahawan.Pelbagaikan idea dan lihat yang mana berupaya memberi ganjaran dan kejayaan kepada anda.

2. Tiada Pelan Pemasaran

Pelan Pemasaran boleh memberikan perhatian yang anda perlukan kepada pihak sasaran. Ia menjadi daya tarik pelanggan terhadap anda! Terdapat lebih dari 25 cara untuk memasarkan perniagaan anda dengan kos yang rendah ataupun tanpa melibatkan sebarang kos. Perlaksanaan pelan pemasaran secara berkesan, cekap, konsisten dan penuh bergaya dapat menjimatkan kos panggilan.

3. Tidak mengenali pelanggan anda

Perubahan pada citarasa pelanggan dan juga produk serta perkhidmatan persaing akan mempengaruhi perniagaan anda, kecuali jika anda kenal pelanggan secara dekat, tahu kehendak mereka pada masa kini dan masa hadapan, tahu corak pembelian mereka dan tahu bagaimana untuk membantu mereka walaupun anda tidak mempunyai produk atapun perkhidmatan tersebut.

4. Tidak peka dengan kedudukan aliran tunai syarikat

Walaupun anda mempunyai produk yang paling terbaik, pelanggan mungkin tidak akan membelinya dalam tempoh waktu yang anda fikirkan. Oleh itu kedudukan aliran tunai yang mantap penting untuk menampung diri dan syarikat anda dalam tempoh tersebut.

5. Tidak peduli tentang kakitangan

Salah satu cabaran yang paling sukar bagi seorang usahawan atau pemilik perniagaan ialah untuk memberi motivasi, bimbingan dan mengurus pekerja. Tanpa kesabaran, kesungguhan dan kemahiran, masalah tersebut akan menjadi lebih teruk. Moral dan produktiviti pekerja serta keuntungan syarikat boleh musnah dengan segera!

6. Keliru tentang kemungkinan dengan realiti

Usahawan yang berjaya hidup di dalam dunia yang penuh dengan kemungkinan tetapi mereka berbelanja dalam dunia realiti.

7. Tiada pelan penjualan.

Tanpa pelan penjualan, maka tidak ada cara untuk mengukur perkembangan kewangan dan kemajuan perniagaan anda. Anda memerlukan plan yang realistik untuk melihat dari mana, bagaimana, bila dan siapa yang membawa masuk jualan.

8. Penyendiri

Anda mungkin tahu kesemunya tetapi anda tidak boleh melakukanya seorang diri dan berkembang pada masa yang sama. Anda perlukan kakitangan untuk mengagihkan tanggungjawab kepada mereka.

9. Tiada 'Mastermind'

Anda perlukan satu lembaga penasihat ataupun seorang mentor! Bagi mereka yang memopunyai pernigaan yang kecil , ini mungkin ini tidak masuk akal. Lembaga penasihat ini mungkin terdiri dari anggota keluarga atau sahabat yang anda percayai.Jadikan mereka Ahli Lembaga Pengarah, kaji pelan dan keputusan perniagaan bersama mereka. Adalah sangat kritikal untuk mempunyai seseorang yang boleh memberikan idea dan pandangan yang objektif.

10. Berputus Asa

Kebanyakkan usahawan yang berjaya pernah mengalami kegagalan. Oleh itu, sekiranya anda gagal, biarkan kegagalan itu. Bangun dan belajar dari kesilapan dan kegagalan lalu. Jangan berputus asa dan menderita.

Monday, October 5, 2009

Tips Perniagaan Perabot 2


Nasihat untuk Usahawan yang Sedang Meningkat
by Dato' Mohd Nadzmi Mohd Salleh

Untuk berjaya dalam perniagaan , usahawan perlu mempunyai minat yang mendalam dan jati diri yang tinggi” – Dato’ Mohd Nadzmi

Falsafah inilah yang dipegang oleh Y Bhg Dato’ Mohd Nadzmi Mohd Salleh, Pengerusi Eksekutif, Nadicorp Holdings Sdn Bhd. Beliau berkata demikian semasa memberi ceramah tengahari PUNB bertajuk " Revitalising Companies – The Way Forward” pada 27 Julai 2004.

Bermula dari dunia korporat, Dato' Nadzmi telah diberi peluang untuk mengendalikan syarikat-syarikat Kerajaan yang bermasalah dan berjaya membawa syarikat-syarikat ini keluar dari kemelut dan masalah perniagaan. Nama-nama seperti PROTON, MARA, Park May Sdn Bhd, BAM dan sebagainya banyak dikaitkan dengan ketegasan dan komitmen tinggi beliau mengurus secara lurus dan mantap. Bentuk pengurusan ini sinonim dengan nama beliau.

Sebagai seorang yang berjaya dan berpengalaman, beliau sering memberi tip sebagai panduan kepada usahawan PUNB untuk berjaya dalam dunia perrniagaan :-

Ini adalah nasihat beliau:

• Anda mesti mempunyai sikap rajin
• Seseorang yang ingin menjadi usahawan perlu mempunyai minat, keinginan dan kesungguhan yang tinggi dan tidak berbelah bahagi. Tanpa elemen ini , mungkin kejayaan yang diharapkan tidak akan tercapai. Menurut Dato’ Mohd Nadzmi, sikap untuk berusaha secara bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu kerja adalah satu sikap yang baik.

Mengikut Dato' Mohd Nadzmi, kita tidak dapat meramal masa depan kita. Contohnya jika seseorang yang mendapat pangkat ‘A’ dalam peperiksaan bukan bermakna dia akan mendapat ‘A’ dalam semua perkara. Jika kita lihat usahawan yang berjaya, mungkin mereka bukan dari golongan yang mendapat pangkat ‘A’ dalam peperiksaan. Tetapi mereka terdiri dari golongan yang gemar mengambil risiko dan akan berbuat apa sahaja untuk bertahan. Mereka belajar dari pengalaman dan berani mengambil risiko. Tanpa minat yang tinggi, kesungguhan, kesabaran dan takwa, usahawan tidak akan beroleh kejayaan cemerlang.

• Anda mesti mempunyai keyakinan diri
• Disamping minat dan kesungguhan, kreativiti juga perlu ada dalam diri seseorang. Ini perlu dipupuk dengan sikap bertanggungjawab, semangat yang tekad , keimanan yang kukuh dan berfikiran terbuka dan positif. Bagi Dato’ Mohd Nadzmi, usahawan adalah insan yang istimewa. Mereka merupakan golongan yang berani dan sanggup mengharungi pahit getir dunia perniagaan yang mencabar. Oleh itu, menurut Dato’ Mohd Nadzmi, seorang usahawan tidak perlu teragak-agak untuk membuat sesuatu keputusan semasa mengurus perniagaan. Apa yang penting, perlu ada ketegasan dalam membuat keputusan untuk menjamin keutuhan perniagaan tersebut. Setiap keputusan yang dibuat mempunyai risiko yang bakal dihadapi, tetapi jangan terlalu difikirkanya. Usahawan perlu menghadapinya dan terpulanglah kepada diri bagaimana untuk menyelesaikannya

• Mengurus organisasi dan operasi syarikat adalah penting
• Mengurus organisasi dan operasi syarikat merupakan perkara penting yang perlu diberi perhatian khusus. Contohnya pengurusan aliran wang tunai (cash flow) amat penting kerana ia diibaratkan seperti nadi dalam tubuh manusia. Jika aliran wang tunai tidak diurus secara mantap, syarikat tersebut akan menjadi kelam kabut dan akhirnya akan runtuh. Oleh yang demikian, setiap usahawan perlu memastikan aliran wang tunai syarikat mereka berada dalam keaadan yang kukuh.

• Penghormatan mesti diberi dan bukan diminta
• Seseorang usahawan perlu mengetahui secara terperinci mengenai hal ehwal perjalanan operasi perniagaan mereka. Ini dapat tercapai jika mereka mempunyai ilmu pengetahuan dan pengalaman kerana kedua-dua ini penting untuk meletakkan seseorang usahawan itu di tahap yang lebih tinggi dari para pekerjanya dan pesaingnya. Menurut beliau, penghormatan mesti diberi dan bukan diminta dan usahawan hanya akan mendapatkannya melalui ilmu pengetahuan. Sekiranya ilmu tersebut tidak terdapat di sini maka usahawan perlulah berusaha mencarinya di tempat yang lain atau mendapatkannya dari orang yang lebih berpengalaman.

• Belajar apa yang perlu mengenai cara menguruskan operasi peniagaan
• Fokus kepada bagaimana sesuatu perniagaan itu harus dijalankan. Usahawan perlu menentukan misi dan visi diri dan syarikat. Lebihkan tumpuan kepada bagaimana cara untuk menangani sesuatu permasalahan perniagaan yang timbul. Jangan optimis kepada sesuatu yang anda suka sahaja tetapi belajarlah tentang semua perkara untuk mengurus perniagaan dengan cemerlang .

• Belajar dari kesilapan
• Menurut Dato’ Mohd Nadzmi, tiada manusia di dunia ini sempurna. Kesilapan yang timbul mengajar manusia untuk memperbaiki kelemahan diri agar dapat mengembangkan minda kita menjadi lebih kreatif menyelesai masalah. Buatlah ‘post mortem’, kaji kesilapan yang telah berlaku dan jangan ulangi kesilapan itu. Di samping itu, sikap ego perlu diketepikan dan akuilah kesilapan yang telah berlaku. Jika kesilapan yang lalu tidak diperbaiki dan diulangi, pasti kejayaan tidak dapat akan tercapai.

• Ambil tindakan berasakan keutamaan
• Usahawan perlu bijak bertindak mengikut kepentingan sesuatu perkara. Menurut Dato' Mohd Nazmi, beliau akan menulis dalam buku nota tentang perkara yang memerlukan tindakan beliau apabila perkara tersebut terlintas di kotak fikirannya. Beliau kemudian menyenaraikan perkara-perkara tersebut mengikut kepentingan dan bertindak mengikut senarai yang tertulis. Menurut beliau lagi, sekiranya seseorang berada di dalam kemelut perniagaan, tulislah apa yang difikirkan. Tetapi apa yang penting, janganlah takut dengan masalah tersebut dan bertindaklah untuk menyelesaikanya secara bijak.

• Jadilah pemimpin yang bertanggungjawab
• Menurut Dato’ Mohd Nadzmi, beliau menjadikan YAB Tun Dr Mahathir Mohamed, bekas Perdana Menteri Malaysia sebagai mentor. Minat beliau untuk menjadi usahawan timbul setelah diberi tanggungjawab mengendali syarikat-syarikat Kerajaan yang bermasaalah. Beliau tidak diberi pilihan tetapi perlu memastikan syarikat-syarikat di bawah kendaliannya berjaya.

Dato’ Mohd Nadzmi juga menasihati para usahawan bahawa sekiranya diberi tugasan penting seseorang itu perlulah:-

- melakukan tugasan yang diamanahkan dengan cara yang terbaik
- mempunyai keupayaan untuk menganalisa dan menyelesaikan masalah
- kreatif dalam membuat keputusan
- jadikan masaalah yang timbul sebagai satu peluang untuk berjaya.

Seorang pemimpin mesti mempunyai imej yang baik supaya dihormati oleh orang-orang pimpinannya dan pesaingnya. Seorang peminpin juga perlu mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang luas tentang pengurusan dan operasi syarikatnya dan juga syarikat pesaing. Semua ini perlu untuk seseorang mencapai kejayaan cemerlang dalam perniagaan, Insyallah.

Tips Perniagaan Perabot 1

Sedang berfikir untuk menceburi bidang perniagaan …. Sila baca ini dahulu!
by PUNB

Artikel 'semua yang anda ingin tahu' ini merupakan satu editorial yang berfaedah yang memberi satu senarai 'sebelum anda bermula' yang baik. Senarai ini berguna untuk mereka yang serius untuk memulakan perniagaan sendiri.

Memula dan mengurus perniagaan memerlukan motivasi, keinginan dan bakat. Ia juga memerlukan kajian dan perancangan yang rapi.Seperti permainan catur, kejayaan di dalam perniagaan bermula dengan langkah yang tegas dan tepat. Walaupun kesalahan yang dilakukan di peringkat permulaan berniagan tidak begitu menjejaskan perniagaan, tetapi ia memerlukan kemahiran, disiplin dan usaha gigih untuk mendapatkan semula peluang tersebut.

Untuk berjaya, cari dan nilai matlamat perniagaan dan juga diri anda.Gunakan maklumat ini untuk merangka pelan perniagaan secara menyeluruh yang dapat membantu anda mencapai matlamat tersebut.

Proses untuk merancang pelan perniagaan akan membantu anda untuk berfikir mengenai isu-isu penting yang belum anda pertimbangkan. Perancangan anda akan menjadi alat dan buku panduan yang berharga untuk anda berusaha mencari sumber pembiayaan.Ia juga berfungsi sebagai pengukur kejayaan perniagaan anda.

1. Baru Bermula
Sebelum bermula, senaraikan sebab-sebab anda mahu memulakan perniagaan. Sebahagian daripadanya ialah :
· Anda ingin menjadi seorang majikan
· Anda inginkan kebebesan kewangan
· Anda inginkan kebebasan kreativiti
· Anda ingin menggunakan sepenuhnya kemahiran dan pengetahuan yang ada

2. Menentukan perniagaan yang 'sesuai untuk anda'. Tanya diri anda :
· Apa yang saya buat di masa lapang?
· Apakah kemahiran teknikal yang telah saya pelajari atau perolehi?
· Apa pendapat orang lain tentang kebolehan saya?
· Bolehkah saya mendapat sokongan dari keluarga ?
· Berapa banyak masa yang saya ada untuk mengusahakan perniagaan saya?
· Adakah saya mempunyai hobi atau minat yang boleh dipasarkan?

3. Kenalpasti 'niche' perniagaan anda. Jalankan kajian yang perlu untuk menjawab soalan-soalan ini:
· Apakah jenis perniagaan yang saya minati?
· Apakah khidmat atau produk yang saya akan pasarkan?
· Adakah idea saya praktikal dan bolehkah ia menepati kehendak/ keperluan?
· Siapakah persaing saya?
· Apakah kelebihan perniagaan saya berbanding dengan perniagaan sedia ada?
· Bolehkah saya memberikan khidmat yang berkualiti tinggi?
· Bolehkah saya mengwujudkan permintaan terhadap perniagaan saya?

4. Buat senarai 'pra-perniagaan'.Anda perlu menjawab soalan-soalan ini:
· Apakah kemahiran dan pengalaman yang boleh saya sumbangkan kepada perniagaan ini?
· Bagaimana kedudukan saya di sisi undang-undang?
· Bagaimana rekod perniagaan akan dikendalikan?
· Apakah jenis perlindungan insuran yang diperlukan?
· Apakah peralatan atau bekalan yang diperlukan?
· Apakah imbuhan untuk diri saya?
· Apakah sumber yang saya perlukan?
· Di manakah premis perniagaan saya?
· Apakah nama perniagaan saya?

Jawapan ini akan membantu anda untuk membuat rancangan perniagaan lebih fokus dan menyeluruh yang boleh berfungsi sebagai 'blueprint'. Ia akan memberi butiran terperinci bagaimana peniagaan akan dijalankan dan diuruskan.

Rancangan perniagaan merupakan asas penting untuk memulakan perniagaan. Setelah anda menyiapkan rancangan tersebut, semak dengan kawan dan rakan perniagaan. Apabila anda berpuas hati dengan isi dan strukturnya, buatlah temujanji dengan pegawai bank untuk semakan dan perbincangan lanjut. Rancangan perniagaan adalah dokumen fleksibel dan perlu berubah apabila perniagaan anda berkembang.


Tips Perniagaan Perabot 4



Perniagaan Memerlukan Pemasaran

Mengurus perniagaan memerlukan tahap kefahaman yang mencukupi. Tidak kira sama ada seseorang itu usahawan atau pengurus professional, kejayaan perniagaan yang diurusnya bergantung kepada tahap kefahamannya mengenai perniagaan.

Satu perkara asas mengenai perniagaan yang perlu difahami ialah Kitaran Perniagaan. Dengan memahami Kitaran Perniagaan, kita dapat melihat bagaimana sesuatu perniagaan itu bergerak dan menjana aliran tunai. Dalam perniagaan, aliran tunai adalah perkara paling penting dan kedudukan aliran tunai yang sihat akan menjamin perkembangan dan pertumbuhan perniagaan.

Secara ringkasnya Kitaran Perniagaan boleh ditunjukkan seperti Rajah 1 berikut:

ac_rajah1.gif

Rajah di atas menunjukkan bahawa perniagaan memerlukan modal wang untuk pembelian stok barangan atau bahan mentah yang mungkin perlu ditambah nilai melalui proses tertentu bagi menyediakan sesuatu produk atau keluaran. Bagi mendapat balik modal wang yang dibelanjakan, produk atau perkhidmatan yang dihasilkan perlu dijual di pasaran. Jika produk yang terhasil gagal dijual, kitaran perniagaan tidak akan lengkap dan ini menjejaskan aliran tunai perniagaan tersebut. Tanpa aliran tunai yang positif, perniagaan tidak mempunyai peluang untuk terus bertahan.

Penjualan produk atau perkhidmatan adalah satu perkara penting bagi operasi perniagaan. Untuk memastikan jualan dapat dilaksanakan ditahap paling tinggi, kefahaman tentang pemasaran dikalangan usahawan atau pihak pengurusan amat perlu. Kita telah melihat banyak perniagaan gagal kerana kelemahan dari segi pemasaran. Ramai usahawan mampu menghasilkan produk atau perkhidmatan yang baik dan berkualiti tetapi perniagaan mereka masih gagal kerana tidak dapat memasarkan produk seperti diharapkan. Oleh itu, setiap rancangan perniagaan harus memberi penekanan kepada aspek pemasaran.

Masih ramai yang memahami pemasaran sebagai hanya penjualan dan pengiklanan. Pemasaran sebenarnya adalah lebih dari itu. Kotler & Armstrong dalam Principles of Marketing menulis “Konsep pemasaran mengatakan bahawa pencapaian matlamat organisasi bergantung kepada usaha menentukan keperluan dan kehendak pasaran sasar dan memberi kepuasan yang dikehendaki dengan lebih efektif dan efisien daripada pesaing”. Konsep jualan berbeza dari konsep pemasaran di mana konsep jualan bermula dari kilang sementara konsep pemasaran bermula dengan pasaran. Perbezaan kedua konsep ini di tunjukkan seperti Rajah 2 berikut:

rajah 2.jpg

Konsep jualan tidak sesuai dalam pasaran di mana pelanggan yang berkuasa. Oleh kerana pemasaran berkait dengan kepuasan pelanggan, ia melibatkan produk, pembungkusan, promosi, harga dan pasaran. Maka tumpuan keatas faktor-faktor ini penting untuk menghasilkan pemasaran bersepadu yang boleh meningkatkan jualan. Kombinasi produk yang baik, pembungkusan yang menarik serta harga yang kompetitif hanya akan berkesan sekiranya ia memenuhi kehendak pasaran sasar.

Dalam keadaan pasaran yang semakin bersaing dan lebih terbuka, adalah wajar kaedah pemasaran memfokus kepada segmen pasaran dan produk diguna pakai. Syarikat perniagaan mungkin perlu mengenalpasti pasaran nich sebagai tumpuan. Memfokus kepada produk juga penting kerana apabila pasaran menjadi semakin besar, pengkhususan produk akan memberi kelebihan. Adalah lebih mudah memberi tumpuan kepada produk yang khusus daripada cuba mempelbagai produk dalam suasana pasaran yang luas. Dari masa kemasa, banyak perniagaan gagal apabila hilang fokus terhadap perniagaan asasnya.

Pengkhususan produk akan memastikan kualiti yang tinggi. Namun begitu, dalam keadaan di mana teknologi semakin memudahkan proses-proses pembuatan, kualiti produk yang tinggi mudah ditandingi oleh para pesaing. Oleh itu, kualiti yang tinggi harus pula ditawarkan pada harga yang lebih rendah dari pesaing.

Satu lagi aspek pemasaran yang harus diberi perhatian kini ialah konsep jenama (brand). Ada jenama yang besar dan terkenal diseluruh dunia dan ada juga jenama-jenama kecil yang khusus dan bertumpu kepada pasaran tertentu. Bagi perniagaan yang sukar menandingi jenama besar, strategi yang sesuai ialah membina jenama khusus untuk pasaran tertentu.

Pemasaran adalah penting untuk pertumbuhan perniagaan. Perniagaan yang tidak memberi tumpuan kepada pemasaran akan gagal dalam jangka terdekat kerana jualan akan terjejas dan kitaran perniagaan juga akan terjejas. Untuk memastikan pemasaran lebih berkesan, pengurusan tertinggi syarikat hendaklah melibatkan diri secara langsung dalam proses pemasaran. Pemasaran adalah terlalu penting untuk diserahkan hanya kepada pengurus pemasaran dan jabatan pemasaran. Ketua-ketua eksekutif syarikat mesti memahami konsep pemasaran secara mendalam di samping memahami bidang kewangan, pengeluaran, pengurusan dan sebagainya.